Jika kebiasaannya kucing berwarna oren atau dikenali sebagai ‘Oyen’ yang sering kita lihat banyak buat hal di sosial media, kali ini kucing berwarna hitam putih pula mencuri tumpuan ramai. Menerusi satu rakaman yang dikongsikan di Twitter ini, kelihatan kucing tersebut cuba mencari gaduh dengan seekor ayam.
Dalam rakaman itu juga terlihat beberapa ekor ayam lain. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila kucing itu mula menyerang ayam tersebut. Datang seekor ayam lagi seakan mahu melindungi spesis haiwan sama dengannya.
Bagaikan akur dengan situasi itu, kucing tersebut mengaku kalah. Lebih gempar lagi kucing itu kemudiannya kembali menyerang ayam tersebut seakan masih tidak berpuas hati. Sudah tentulah rakan ayam tadi ‘backup’ spesisnya sendiri.
Perkara tersebut berlarutan sehinggalah akhirnya kucing itu berlalu dari lokasi kejadian tersebut. Berikut adalah rakaman kucing cuba belasah ayam yang dikongsikan di Twitter ini:
"Reinforcement has arrived" pic.twitter.com/LuUR0EQXqE
— penanam anggur (@anthraxxxx) April 5, 2021
Perkongsian rakaman kucing cuba belasah ayam tersebut telah meraih lebih 2 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian tersebut di ruangan komen seperti berikut:
“Mesti dah lama geram dengan ayam ayam tu. Kemain perangai!”
“Kalau berani 1 by 1 lah, asal bawak geng”
“Saiz pun lebih kurang sama. Ada hati nak terkam binatang”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Trailer Airforce The Movie: Selagi Bernyawa, “Pelakon Nampak Hebat Semua!”
Telefilem 18 Puasa Bakal Temui Penonton Tak Lama Lagi, “Yak Yak Yeee”
Tular Tayang Almari Kemas, Gadis Ini Kongsikan Caranya Melipat Baju