Pasti ramai yang setuju bahawa perangai mereka di rumah bersama ahli keluarga berbeza dengan perangai di luar apabila dikelilingi rakan-rakan dan orang tidak dikenali.
Di rumah biasanya kita boleh menjadi diri sendiri tanpa takut dinilai oleh orang lain, tetapi apabila dengan rakan-rakan tentunya kita ingin dianggap baik agar orang lain suka mendekati dan berkawan dengan kita.
Jadi tidak hairanlah ramai yang akan cuba berpura-pura baik di hadapan orang lain walaupun di rumah hanya ahli keluarga sahaja yang tahu perangai sebenar kita.
Seperti sebuah video TikTok yang telah mencuri perhatian ramai baru-baru ini, seorang pelajar universiti berpura-pura perlu membuat laporan aktiviti hariannya di rumah bersama ibu bapanya untuk kerja kursus universiti.
@definitelynotalicexxx we all know who would cover a murder up for me… and which would dob me in to pursue an acting career #foryoupage #snitchesgetstitches #fyp #trending
Dalam video yang telah meraih 2.8 juta tontonan itu, gadis tersebut berdiri di hadapan kamera bersama ibu bapanya dan mula melaporkan rutin hariannya setiap hari, namun semua kenyataan yang dilaporkan adalah tidak benar.
Antaranya termasuklah bangun seawal 4 pagi, berjoging sejauh 10 km, memasak untuk keluarga dan mengemas rumah.
Reaksi kedua ibu bapanya mendengar anak mereka menipu tentang rutin hariannya ternyata membuat ramai berdekah. Bapanya tidak henti-henti menoleh ke arahnya untuk melihat jika dia bergurau, sementara ibunya pula cuba untuk tidak menunjukkan sebarang ekspresi yang menunjukkan gadis itu menipu.
“Nak patah leher bapak kau…”
“Dia akan bantu kau sembunyikan pembunuhan…”
“Tidak teragak-agak untuk khianati kau dari awal…”
Ikuti juga kisah-kisah menarik di bawah ini.
Kenalkan teman lelaki kepada ibu, lakonan gadis ini buat berdekah
Gadis Rakam Video ‘Influencer’ Buat Ahli Keluarga Ketawa Geli Hati
Gelagat Ibu Diminta Berpura-pura Terjatuh Kerana Anak Diekori Polis Trafik Bikin Berdekah