Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Monyet kolam

Monyet berseronok seperti manusia mandi manda di kolam, “Planet of the Apes…”

Nabilah by Nabilah
1 year ago
in Haiwan
Reading Time: 1 min read

Dalam kelas biologi kita pernah belajar bahawa monyet dan kera adalah ahli keluarga genetik terdekat manusia.

Jika dilihat pada DNA, manusia hampir tidak dapat dibezakan dengan monyet kerana 97% DNA kedua-dua primat ini adalah serupa. Jadi tidak hairanlah monyet sering menunjukkan tingkah laku sama seperti manusia.

Antara kelakuan monyet yang menyerupai manusia adalah mereka menggelengkan kepala untuk menandakan tidak, mereka akan ketawa apabila digeletek, mereka mengggunakan  tangan untuk menunjukkan isyarat, dan mereka memahami sistem keadilan.

Sebuah video yang tular baru-baru ni juga menunjukkan bagaimana sekumpulan monyet berkelakuan seperti manusia apabila mereka mengambil alih sebuah resort untuk berhibur.

The monkeys have taken over a resort in Mahabaleshwar, India during lockdown… pic.twitter.com/8Gd4J3mNbN

— Rex Chapman🏇🏼 (@RexChapman) May 7, 2021

Gelagat monyet-monyet berkenaan meluangkan masa bermandi-manda di sebuah kolam renang yang terabai membuat ramai tersenyum gembira.

Resort yang teletak di India itu tidak lagi menerima pengunjung kerana terpaksa ditutup akibat Covid, jadi ketiadaan manusia mendorong monyet untuk mengambil aih tempat itu.

Video yang telah meraih 1.2 juta tontonan berkenaan menunjukkan gelagat monyet-monyet berkenaan memanjat bumbung pondok untuk melompat terjun ke dalam kolam, tidak ubah seperti kanak-kanak yang bermain di kolam bersama rakan-rakan.

“Planet of the Apes…”

Oh no!
The planet of the apes movies became true!
✌️🤡👌 https://t.co/JblgQLuar4

— Not a Left, Dem or Bank (@Igiveit2UGod) May 7, 2021

“Bila ibu bapa tiada di rumah pada hari minggu…”

When the parents are away for the weekend. https://t.co/OG2WL21GPG

— David Hinojosa (@hinojosa_david) May 7, 2021

“Ingatkan ini anak-anak aku ketika pergi bercuti …”

Thought this was video of my kids on our last vacation. https://t.co/cIm14Bi9pj

— devon sawa (@DevonESawa) May 7, 2021

“Manusia yang dikurung sementara haiwan bebas…”

Humans are caged while animals are ones free https://t.co/sEdH75RZVI

— GilbertMatthew (@KGilbertmatthew) May 7, 2021

Sementara itu jom layan kisah-kisah menarik di bawah ini pula.

Monyet main game dengan kawalan minda menggunakan mesin otak Elon Musk

Lelaki bagi monyet makan kuih raya, “Mana kabar bekas tu…”

Janggut ‘ekor monyet’ jadi trend terbaru di kalangan kaum lelaki

SumberTwitter

Trending

belum balik modal
Hiburan

Kutipan RM12 Juta, Tapi Belum Balik Modal Pembikinan Mat Kilau? Mawi Jelaskan

21 hours ago
mak wan latah
Hiburan

Bekas Pengurus Peribadi Bongkarkan Perangai Sebenar Mak Wan Latah

2 days ago
british mat kilau main
Hiburan

Pelakon Karakter Orang British Dalam Mat Kilau, “Lahhh Dia Rupanya”

14 hours ago
promosi produk
Hiburan

Babak Promo Produk Dalam Drama Ini Dipuji, “Pengarah Dia Buat Homework Dulu..”

2 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia