Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
polis

Seronok Buat Live Depan Rumah, Terus Bertempiaran Lari Bila Polis Lalu!

Jannah by Jannah
1 year ago
in Lawak
Reading Time: 2 mins read

Dengan pelaksanaan PKP yang diumumkan tempoh hari, ramai yang akur dengan arahan itu dan menyambut hari raya di rumah sahaja. Bila dah luangkan banyak masa di rumah, mesti ramai yang mula mencari aktiviti untuk dilakukan seperti pemuda ini yang membuat sesi live di hadapan rumahnya.

Tetapi tidak semena-mena, mereka akhirnya bertempiaran lari apabila melihat kereta polis yang sedang meronda lalu di hadapan rumah mereka. Gelagat pemuda ini turut menghiburkan netizen yang menonton.

@ieywan77

Tengah buat Live Polis Lalu Pulak .. Nasib Baik Sempat Lari .. Nak Buat Live Dalam Rumah Panas .. buat depan Rmh polis pulak lalu🤣🤣🤣

♬ bunyi asal – Ieywan Ghazali – Ieywan Ghazali

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan dua pemuda itu sedang duduk di hadapan rumah mereka di dalam sesi live ini. Menurut mereka, oleh kerana di dalam rumah terlalu panas maka mereka melakukan sesi live itu di depan rumah.

Sedang mereka seronok melakukan live, tiba-tiba kelihatan sebuah kereta polis yang sedang meronda di kawasan itu. Panik dengan kemunculan tidak disangka itu, mereka berdua bergegas lari masuk ke dalam rumah.

Lebih mencuit hati, mereka sanggup meninggalkan sahaja telefon tersebut di luar rumah dek kerana terlalu terkejut. Telatah mereka ini turut mengundang ketawa netizen yang turut sama terhibur melihatnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-ratanya turut memahami ketakutan yang dialami kedua pemuda ini yang mungkin takut dikompaun oleh polis. Ada juga yang terhibur melihat reaksi mereka sebaik saja melihat kehadiran polis di situ.

 

“Phone ditinggalkan macam tu je. Nasib polis tu tak perasan.”

pemuda

“Mesti polis tu tengok live awak sebab tu dia lalu…”

buat live

“Nasib baik polis tu tak sambung tik tok.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Gelagat lelaki menyanyi tular, habis kesemua ayam lari!

Video Bapa Seronok Dapat Hadiah Dari Anak, “Tak Sedar Jatuh Air Mata”

Si putih selamba merayap jauh, sekali dipanggil tuan terus lari masuk rumah

Sumbertik tok

Trending

Redza (6)
Hiburan

Penonton terlalu suka ‘ending’ Bisik-Bisik Gelora, “Mcm ni baru realiti life”

2 days ago
Fattah
Hiburan

‘Posting’ Fattah Amin buat Syamsul Yusof & pelakon2 Mat Kilau tarik perhatian ramai

3 days ago
senario beach boy lokasi
Hiburan

Pernah Jadi Lokasi Penggambaran Filem Senario, Keadaan Resort Terbengkalai Akhirnya

2 days ago
Anna jobling
Lawak

Tular Meerqeen merajuk dengan Anna Jobling gara2 ‘live’ sama Idris Khan, “Halah comey”

3 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia