Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon jelita, Intan Ladyana yang mula kembali aktif dalam industri lakonan pada tahun lalu.
Walau bagaimanapun, lebih mengembirakan peminat pelakon filem Adnan Sempit ini juga apabila Intan Ladyana dan kekasih, penyanyi Harris Alif yang tidak terlalu mendedahkan kisah cinta mereka telah menghalalkan hubungan dan memilih 5 Februari lalu untuk disatukan sebagai suami dan isteri.
Kelmarin pula, Intan Ladyana menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke- 39 dengan penuh kesyukuran bersama suami, Harris Alif iaitu merupakan juara rancangan Idola Kecil 3.
Pun begitu, pastinya ramai peminat filem daripada tahun 2007 sangat kenal dengan pelakon berbakat ini namun kecantikannya yang tetap jelita sehingga sekarang mengundang peminat tidak percaya Intan Ladyana kini berusia 39 tahun.
Malah satu rakaman video pendek sempena hari ulang tahun kelahirannya yang disertakan dengan perasaan syukurnya itu mengundang Intan Ladyana dihujani dengan bermacam-macam reaksi daripada peminat dan pengikut di ruangan Instagram peribadinya.
Ini kerana kecantikan isteri Harris Alif ini tidak padan dengan usia menerima pujian rata-rata yang melihat posting dikongsikan itu.
“Tipu ni. Tak macam 39 pun. Happy birthday beautiful”
“Tapi masih nampak muda dan cantik”
“39 dah kak Intan tapi still nampak muda ye. Btw happy birthday kak Intan”
Sementara itu, anda boleh baca juga antara kisah-kisah yang menarik perhatian di bawah ini seperti berikut:
‘Keteqaq’ tak nak balik, netizen berdekah angsa kena kejar dengan Tuan
Kucing trauma lepas adik dirempuh depan mata, video kaki getar2 bikin ramai sayu
DSV terjah bilik Kacak, tak harapkan ‘maid’ kemas dipuji netizen