Rasanya ramai yang masih ingat malah tidak dapat melupakan filem memaparkan kisah adik beradik bernama Maria dan Mariana dimana mereka berdua mempunyai perwatakan yang cukup berbeza.
Apatah lagi lakonan gandingan serasi antara Erra Fazira sebagai Maria dan Mariana pula dilakonkan oleh Ziana Zain mencetuskan filem terbabit masih diingati ramai.
Namun begitu, dengan gandingan antara Amyra Rosli dan Puteri Sarah Liyana dalam drama berjudul Sabarlah Duhai Hati nampaknya mengingatkan lagi peminat terhadap Maria Mariana.
Sejak membintangi drama terbabit sebagai sahabat, Fira dan Dian menjadi bualan hangat penonton drama tempatan dan oleh kerana itu, momen foto mahupun video bersama, Amyra Rosli dan Puteri Sarah Liyana digelar kembar dan seiras seperti adik beradik.
Penangan drama Sabarlah Duhai Hati mengundang peminat juga semakin ingin melihat Amyra Rosli dan Puteri Sarah untuk bergandingan lagi dan menjadi seperti Maria Mariana.
Gara-gara satu hantaran video Tiktok yang dimuat naik Puteri Sarah menerusi ruangan Instagram peribadinya ini pula menyebabkan peminat mengutarakan pelbagai komen mereka terhadap dia dan Amyra Rosli.
Ini kerana ramai begitu menyukai dengan gandingan dua pelakon jelita itu dan memuji kedua-duanya yang seperti kembar.
“Comel sangat, pasni berlakon sama lagi…”
“Macam kembar muka lebih kurang”
“Cute nya”
Sementara itu, anda boleh baca juga antara kisah-kisah yang menarik perhatian di bawah ini seperti berikut:
Marissa Dania kongsi video, cantik persis Abby Abadi jadi bualan wargamaya
Drama RASN disunting lucu bikin wargamaya puji kreatif sangat
Cantik untuk suami walau dirumah, Memey Suhaiza dipuji peminat