Nama selebriti serba boleh, Zulin Aziz tidak lagi asing buat peminat hiburan tanah air apabila dia bukan sekadar dikenali sebagai pengacara dan pelakon serta penyanyi malah boleh melawak.
Pada tahun lalu, Zulin Aziz berjaya mencetuskan fenomena baru di media sosial. Dia menggunakan bakatnya itu untuk menghiburkan wargamaya dengan drama yang dihasilkannya disaat menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menariknya kreativiti Zulin Aziz buat orang ramai kerana dia menghasilkan video dengan dialog bahasa Melayu yang disamakan rentaknya dengan filem-filem Bollywood yang popular.
Menjadikan pelakon Arjun Rampal sebagai suaminya dan Shah Rukh Khan pula menjadi anaknya mengundang ramai berdekah dengan video-videonya.
Dalam tempoh lockdown yang telah dilaksanakan sejak beberapa hari lalu, Zulin Aziz kembali dengan drama bersama anaknya, Shah Rukh Khan yang ingin berkahwin.
Episod pertama drama disaat lockdown Zulin Aziz ini sudah membuatkan wargamaya akui terhibur namun lebih parah rata-rata yang menontonnya ketawa besar lagi apabila episod dua telah dikongsikan.
Gara-gara hal itu juga, Zulin Aziz menerima pujian dengan bakatnya yang boleh menjadi seorang pengarah kreatif.
“Sakit perut gelak… tapi ulang juga tengok 8 kali ulang”
“Hahahaha”
“Zulin u dah boleh jadi pengarah la. Kreatif sangat”
Sementara itu, anda boleh baca juga antara kisah-kisah yang menarik perhatian di bawah ini seperti berikut:
Episod akhir Kwang Soo undang tangisan Ji Hyo bikin peminat juga nangis
Aidil siapkan Aisha Amaira sambil tersengih, video lucu undang ribuan tontonan