Anak sulung pasangan usahawan popular, Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida sering menjadi perhatian di media sosial milik kedua-dua usahawan berjaya itu apabila mereka turut berkongsikan kisah keluarga kepada umum.
Walau bagaimanapun, nampaknya perubahan anak sulung Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida yang diberi nama Ammar Ahyan membuatkan peminat dan pengikut di ruangan Instagram terkedu.
Ammar Ahyan merupakan anak mereka yang dikatakan sering mengalah dan agak pemalu. Pada tahun 2018 pula, anak lelaki pertama pasangan ini menjalani pembedahan pada mata.
Biarpun begitu, selepas Datuk Aliff Syukri memuat naik video dia ingin berkongsikan almari bajunya yang sudah seperti kedai baju membuatkan Ammar Ahyan yang berada disampingnya menarik perhatian dengan ribuan tontonan.
Sempat juga, dua beranak ini belanja suara mereka dalam menyanyikan lagu sebuah iklan yang cukup popular ini.
Ruangan komen di posting, Ammar Ahyan menerima ratusan komen yang memberikan pujian terhadap dirinya yang dilihat semakin kacak.
Dalam pada masa yang sama, Ammar Ahyan yang dilihat dalam video sudah hampir sama tinggi dengan ayahnya itu mengundang peminat juga meninggalkan komen mereka.
“Handsome nya Ammar…”
“Bila besar makin hensem Ammar Ammar Ahyan ni. Baru perasan”
“Waa besar dah…”
Sementara itu, anda boleh baca juga antara kisah-kisah yang menarik perhatian di bawah ini seperti berikut:
Episod akhir Kwang Soo undang tangisan Ji Hyo bikin peminat juga nangis
Aidil siapkan Aisha Amaira sambil tersengih, video lucu undang ribuan tontonan