Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
arca halimunan main

Arca Halimunan Dilelong Dengan Harga Lebih RM75 Ribu

Ain Mahthir by Ain Mahthir
1 year ago
in WOW
Reading Time: 1 min read

Sesuatu yang sukar untuk dipercayai apabila satu ‘arca’ halimunan berjaya dilelong dengan harga lebih RM75 ribu ini. Atas nama karya seni, apa pun boleh!

Menerusi satu laporan, hasil seni itu diberi nama “I Am”. Karya seni ini dicadangkan agar disimpan di ruangan khas yang bebas dari halangan berukurah 150cm x 150cm. Arca halimunan ini adalah dicipta oleh seorang artis yang berasal dari Itali iaitu Salvatore Garau.

Salvatore Garau
Salvatore Garau

Difahamkan pemilik karya ini menjelaskan arca ini mempunyai tenaga yang padat dan mengubah dirinya menjadi zarah. Malah Salvatore turut memberitahu dia memutuskan untuk mempamerkan arca bukan material ini di ruang tertentu, ia akan menumpukan kuantiti dan kepadatan pemikiran tertentu.

Wow, memang lain betul daya pemikiran orang seni. Sesuatu yang tidak nampak dengan mata kasar boleh menjadi satu hasil seni! Malah Salvatore turut menganggap ‘arca’ ini sebagai satu metafora yang sempurna pada zaman ini dan ia nampak unggul sebagai karya seni.

Arca unik dalam sebuah pameran
Arca unik dalam sebuah pameran

Bukan sahaja unik, malah mustahil untuk dihasilkan semula dan tiada kesan pada persekitaran. Arca halimunan ini didakwa bukanlah satu material namun adalah pemikiran yang melihatnya.

“Sekarang arca ini wujud dan akan berada di sini buat selamanya. Anda tidak nampak tapi ia sebenarnya wujud dan arca ini diperbuat daripada udara dan semangat seseorang,” ujarnya.

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Roadblock Depan Pagar Rumah, “Nak Rentas Pagar Pon Tak Lepas”

Peti Ais Tak Muat, Suami Tolong Selesaikan Masalah – “Asal Boleh Janji Muat Masok”

Dua Budak Bergasak Di Halaman Rumah, “Ada Vibe Seniman Bujang Lapok”

 

SumberOdditycentral

Trending

Jep (16)
Hiburan

Sambut Jep pulang, kereta pula jadi tumpuan- “Senyap je takde tunjuk2”

3 days ago
hadiah kahwin
Kehidupan

Pengantin Terkedu ‘Unboxing’ Hadiah Kahwin Terjumpa Barang Lama Dan Berhabuk

1 day ago
Mamat
Hiburan

Giliran Jep pula ditegur MamatGotNoChill, “Hahaha penatla aku gini”

4 days ago
Billie
Hiburan

Peminat ‘bertuah’ jumpa Billie Eilish selamba main ‘drift kart’ di tempat kerja

2 hours ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia