Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
anak

Bapa Membebel Terkejut Tengok Anak Panjat Dalam Diam

Jannah by Jannah
1 year ago
in Lawak
Reading Time: 2 mins read

Untuk ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah, mestinya cukup pening kepala melayan kerenah mereka ini. Sama seperti yang dikongsikan oleh bapa ini tentang kerenah anak lelakinya yang mengejutkannya baru-baru ini.

Lumrah bagi anak kecil seperti ini pastinya tidak akan duduk diam dan pasti ada saja benda baru yang ingin dicuba mereka. Macam anak kecil ini yang kantoi memanjat pagar dalam diam tanpa pengetahuan bapanya ini.

@qairul91

ank jntan ni kna pntau sntiasa…hmm @qikhwanwan @takdeperrr

♬ original sound – qairul9112 – qairul9112

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan bapa tersebut sedang mencari anaknya di dalam rumah. Namun dia kemudian terkejut apabila mendapati si anak sedang memanjat pagar dalam diam.

Terkejut dengan gelagat anak kecilnya itu, dia bergegas membawanya turun dari situ sambil membebel. Lebih mencuit hati, gelagat si bapa yang tidak henti-henti membebel turut membuatkan netizen berdekah mendengarnya.

panjat

Lagi-lagi pada akhirnya lelaki itu meminta anaknya untuk tinggal di rumah pengasuh sahaja selepas ini. Walaupun dibebel oleh bapanya, anak kecil itu hanya memberikan reaksi selamba dengan muka tidak bersalah.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat bapa dan anak ini. Malah ada juga yang memahami situasi ini terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil di rumah.

“Macam adik aku dulu, baru 3/4 tahun dah suka panjat pagar.”

bapa membebel

“Aku yang mendapat, mendapat dengan isteri biaq anak.”

anak

“Ha tau takpa. Mak-mak berleter dekat pak lah sampai esok.”

komen

“Di halaunya anak pergi rumah pengasuh.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Lelaki Kongsi Rutin Harian Kucing Bikin Berdekah, “Busy Gila…”

Kanak-Kanak Lelaki Rajin Tolong Ibu Berniaga Buat Ramai Tersentuh

Pemuda Kongsi Situasi Bila Adik Kena Rotan, “Dulu Aku Macam Ni Lah…”

Sumbertik tok

Trending

Jep (16)
Hiburan

Sambut Jep pulang, kereta pula jadi tumpuan- “Senyap je takde tunjuk2”

3 days ago
hadiah kahwin
Kehidupan

Pengantin Terkedu ‘Unboxing’ Hadiah Kahwin Terjumpa Barang Lama Dan Berhabuk

1 day ago
Mamat
Hiburan

Giliran Jep pula ditegur MamatGotNoChill, “Hahaha penatla aku gini”

4 days ago
Billie
Hiburan

Peminat ‘bertuah’ jumpa Billie Eilish selamba main ‘drift kart’ di tempat kerja

4 hours ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia