Rasanya nama pelakon wanita ini sebagai Yah Kuchai telah dikenali oleh peminat filem tempatan arahan Mamat Khalid. Malah dia antara pelakon filem sejak akhir-akhir ini hangat dibualkan di media sosial.
Siapa menyangka, watak yang dilakonkan oleh pendatang baru iaitu Area Deanna Baharudean itu mendapat sambutan hangat peminat filem pengarah terkenal, Mamat Khalid. Walau bagaimanapun, dengan bakatnya itu sesiapa sahaja rasanya akan tak kering gusi menonton dia dalam filem berjudul 18 Puasa di Kampong Pisang dan Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa.
Dia yang pada mulanya viral kerana dialog ‘Mi Kari Kuah Laksa’ dalam Kampong Pisang bersiri-siri tidak semena-mena mencetuskan watak Yah Kuchai tular.
Biarpun begitu, filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa yang masih sahaja ditayangkan merupakan antara filem terbaru yang hangat dibualkan kerana gandingan ramai pelakon legend.
Tetapi watak Yah Kuchai semakin mendapat perhatian peminat filem kerana lawaknya tidak pudar mengundang penonton terhibur.
Satu rakaman video disebalik tabir Area Deanna menyanyi dalam filem terbabit pula nampaknya membuatkan penonton tertarik dengan hantaran dilakukan oleh pelakon, Kazar di Instagram. Bagi rata-rata netizen, suara pelakon baru ini boleh tahan syok didengar.
Ternyata ruangan komen di posting Area Deanna menerima pujian ramai kerana wataknya yang dibawa sangat baik.
“Suara dia unik…”
“Best giler…”
“Sedap Yah wei”
Sementara itu, anda boleh baca juga antara kisah-kisah yang menarik perhatian di bawah ini seperti berikut:
Rai raya bertiga, gelagat anak Dayah Bakar buat peminat ‘geram’ gara2 comel sangat!
Saat gembira Jae Seok digendong Kwang Soo tular, nanti dah tak dapat naik lagi
Drama ‘lockdown’ Zulin Aziz cetus ratusan komen di video, dipuji boleh jadi pengarah kreatif