Aniq Suhair merupakan antara selebriti lelaki yang semakin mendapat perhatian ramai selepas muncul dalam beberapa drama.
Selepas menjadi finalis rancangan realiti Hero Remaja 2020, Aniq Suhair nampaknya berjaya mengorak langkah dalam dunia seni tanah air sebagai seorang pelakon.
Malah selepas dia membintangi drama bersama anak usahawan terkenal, Cik B dalam Lelaki Lingkungan Cinta, Aniq Suhair semakin hangat diikuti peminat kerana selain pakej rupanya itu, dia juga berjaya mendapat perhatian kerana lakonannya.
Terutama selepas berlakon sebagai adik kepada watak dilakonkan selebriti Intan Najuwa menerusi drama berjudul Tak Sempurna Mencintaimu yang sudah melabuhkan tirai April lalu.
Sehingga mengundang peminat tidak dapat move on dengan wataknya sebagai Safwan. Walau bagaimanapun, terbaru nampaknya selepas memuat naik foto di Instagram, Aniq Suhair dan adik-beradik menarik perhatian peminat.
Selain ditinggalkan ribuan tanda suka, peminat juga menghujani ruangan komen posting dimuat naik olehnya itu dengan digelar oleh peminat sebagai cute siblings.
Hantaran foto-foto Aniq Suhair dan adik beradik yang memakai busana hari raya sedondon di Instagram ternyata membuatkan peminat dapat melihat kekacakkan mereka yang juga dikatakan seperti kembar.
“Adiknya pung hensem ya”
“Siblings good looking check”
“Sama muka lah adik beradik macam kembar tiga”
Sementara itu, anda boleh baca juga antara kisah-kisah yang menarik perhatian di bawah ini seperti berikut:
Fatima ‘terpesona’ lihat Fazura, video comel buat peminat cair- “Mini Fattah”
“Dah 4kali ulang…”- Video bts Yah Kuchai nyanyi tular terima pujian netizen
Rai raya bertiga, gelagat anak Dayah Bakar buat peminat ‘geram’ gara2 comel sangat!