Bagi mereka yang ada membela kucing di rumah, mestinya cukup faham dengan gelagat kucing yang suka memanjat. Sama macam situasi yang dikongsikan pemilik kucing ini tentang gelagat kucingnya yang menarik perhatian baru-baru ini.
Video itu juga tular dikongsikan apabila ia meraih hampir satu juta tontonan setakat ini. Rata-rata netizen juga terhibur melihat gelagat kucing ini yang cuba memanjat kerusi namun lain pula yang berlaku pada akhirnya.
@uastasia
Di dalam video yang dikongsikan ini, kucing itu dilihat sedang berusaha memanjat kerusi di bilik tersebut. Namun cubaannya itu tidak berjaya walaupun dia telah mencubanya beberapa kali.
Apa yang menarik perhatian ialah kucing itu kemudian tergantung di situ dengan tangannya yang tersangkut pada kusyen kerusi. Lebih mencuit hati, kucing itu yang kelihatan tergamam hanya mampu terkaku dan terdiam di situ.
Tidak cukup dengan itu, seekor anjing kemudian datang menghampiri kucing itu namun dia akhirnya berlalu pergi begitu saja tanpa membantu si kucing yang masih tergantung di situ.
Di ruangan komen, gelagat kucing ini turut membuatkan netizen berdekah melihatnya. Malah ada juga yang berseloroh kucing itu seolah-olah menjadi ‘rosak’ dan tidak dapat berfikir dengan betul.
“Dia tengah mempersoalkan kewujudan dia..”
“Saya adalah kerusi. Tak ada apa-apa untuk dilihat di sini.”
“Cat error 404…”
“Dia terus putus asa.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Kucing Keluar Bilik Muka Penuh Dengan Bedak, “Kan Dah Terkantoi…”
Suami Membebel Tolong Isteri Cabut Pin Rambut, “Ingat Senang Ke…”