Umum sedia tahu Malaysia kini masih mencatatkan jumlah positif Covid-19 yang masih membimbangkan. Keadaan ini menyebabkan orang ramai terpaksa menjalani kehidupan dalam suasana lockdown sekali lagi.
Dengan jumlah tersebut, orang ramai sentiasa diingatkan untuk menjaga SOP bila keluar rumah bagi mengelakkan diri dari terjangkiti virus berbahaya ini. Malah baru-baru ini satu video yang memaparkan nasihat dalam loghat Perak tentang penjagaan diri ketika musim Covid telah mencuri perhatian ramai.
Dalam rakaman itu kelihatan sebuah van dan suasana kampung dengan banyak pokok kelapa. Kedengaran suara seorang lelaki yang sedang memberi nasihat dalam loghat Perak. Berikut adalah rakaman yang dikongsikan pada asalnya di Facebook Perak TV dan kemudiannya dimuat naik semula di Era.Je:
Tahniah atas inisiatif ini! Dah macam tengok Kampong Pisang Bersiri-Siri pula rasanya bila menyaksikan rakaman ini. Perkongsian rakaman beri nasihat dalam loghat Perak tentang Covid-19 ini telah meraih hampir 200 ribu tontonan dan 34 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur mendengarkan nasihat ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:
“Macam dalam drama Hantu Kak Limah pulak. Hehehe”
“Seghonok teman mendengonye”
“Hahaha weyyy jatuh cinta la dengar orang Perak cakap”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Anak Kucing Melompat Seperti Arnab, “Meow Keliru Identiti Pulak Nanti”
Video Alih Suara Dengan Dialek Perak Sempena PKP, “Aje Tumpooo”
Lelaki Bebel Pam Air Asyik Rosak, Rupa-Rupanya Angkara Buaya!