Selebriti, Zulin Aziz sudah cukup terkenal dengan kelebihan berlakon, menyanyi, melawak, mengacara dan pandai memasak sekali gus mengundang bakat-bakatnya itu cukup disenangi ramai.
Ia kerana Zulin Aziz turut tidak lokek malah sporting menunjukkan bakat-bakatnya kepada peminat di ruangan Instagram peribadinya yang kini telah diikuti 2.4 juta pengguna Instagram.
Sehubungan dengan bakatnya itu, Zulin Aziz digelar sebagai seorang selebriti wanita yang serba boleh dan menjadi inspirasi buat para wanita di luar sana.
Walau bagaimanapun, satu bakat terbarunya membuatkan peminat memandang serius dengan selebriti ini yang tidak disangka-sangka mempunyai bakat melukis. Lihat bagaimana Zulin Aziz sekali lagi mengundang netizen terkedu melihat dirinya lagi.
Bukan calang-calang teknik yang perlu digunakan oleh seorang pelukis. Ujar Zulin Aziz, dia telah menggunakan ipad dan lukisan dihasilkan sendiri itu menggunakan pula procreate.
Manakala dia melukis itu sendiri dan lebih membuat netizen kagum, dia juga mewarna lukisan itu.
Sementara itu, netizen yang kagum dengan kelebihan Zulin Aziz menghujani ruangan komen dengan memberikan pujian.
“Kak Zulin ni banyak betul kelebihannya, melawak boleh, memasak, berlakon semuanya boleh lah”
“Pandai masak, pandai lukis adore sangat hihi. Shah Rukh Khan please hihi”
“Berbakat sungguh. Hebat la Zulin”
Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Dari zaman bercinta sampai kahwin, Hafiz Mahamad dipuji power buat ‘surprise’ untuk isteri
Kera selamba ganggu jejaka di lampu isyarat, “Nasib laki dia peluk…”