Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
kucing

Kucing Malukan Tuan, Pergi Rumah Jiran Siap Curi Ikan Bawa Lari

Jannah by Jannah
1 year ago
in Haiwan
Reading Time: 2 mins read

Siapa yang ada membela kucing di rumah, mesti cukup kenal dengan perangai nakal mereka lagi-lagi kucing yang jenis tidak duduk diam di rumah. Macam yang dikongsikan gadis ini tentang gelagat kucingnya yang berjaya memalukannya baru-baru ini.

Bukan saja telah memalukan pemiliknya, malah kucing itu juga dilihat memberikan reaksi muka tidak bersalah sebaik saja aksinya itu kantoi. Rata-rata netizen turut sama berdekah melihat apa yang telah dilakukan oleh si kucing ini.

@seketulbudak_

Nasiblah jiran memahamiπŸ€¦πŸΌβ€β™€οΈ..Malu oiiii😭 #foryoupage #fyp #catsoftiktok #furbaby #justin #catsbeingcats #fypγ‚· #meancat

♬ KYUN DANCE – π–ˆπ–†π–—π–‘π–”π–™π–†βœ§βˆ˜*

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu berkongsikan kejadian memalukan yang dilakukan kucingnya itu. Menurutnya, kucing tersebut telah masuk ke dalam rumah jiran mereka baru-baru ini.

Tidak cukup dengan itu, kucing itu kemudian membuka tudung saji di rumah jirannya itu dan membawa lari seekor ikan. Lebih mencuit hati, kucing itu hanya menunjukkan reaksi wajah selamba sahaja ketika dirakamkan oleh pemiliknya itu.

memalukan

Gadis itu memberitahu dia kemudian meminta maaf kepada jiran mereka di atas kenakalan kucingnya itu. Walaupun telah meminta maaf, dia mengakui kejadian itu sangat memalukan namun bernasib baik jirannya sangat memahami.

Di ruangan komen, gelagat kucing itu turut menghiburkan netizen yang menonton. Malah ada juga yang berseloroh kucing sememangnya selalu memalukan pemilik mereka tanpa sebab.

“Kadang-kadang tak jadi nak marah sebab diorang pandai buat muka kesian…”

kucing malukan

“Kucing aku pergi rumah jiran waktu berbuka puasa. Bantai pergi berbuka sana.”

kucing

“Muka tak bersalah…”

komen

“Sama macam kucing aku. Rumah sendiri ada makanan, nak jugak curi ikan jiran.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Gara2 lupa tutup mic, pelajar malu cakap pensyarah seksi

Kucing Berubah Jadi Garang Lepas Berkawan Dengan Anjing, “Pengaruh Rakan Sebaya…”

Anak Kongsi Situasi Ayah Masuk Bilik Salah Timing, “Sumpah Lawak…”

Sumbertik tok

Trending

mak wan latah
Hiburan

Bekas Pengurus Peribadi Bongkarkan Perangai Sebenar Mak Wan Latah

23 hours ago
Fattah
Hiburan

‘Posting’ Fattah Amin buat Syamsul Yusof & pelakon2 Mat Kilau tarik perhatian ramai

4 days ago
rykarl bersiap segak main
Hiburan

Pernah Popular Sebagai Pelakon Cilik, Video Terkini Rykarl Bersiap Segak Raih Tumpuan!

1 day ago
promosi produk
Hiburan

Babak Promo Produk Dalam Drama Ini Dipuji, “Pengarah Dia Buat Homework Dulu..”

21 hours ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

Β© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Β© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia