Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
kucing dan durian

Kucing Buat Gaya Korek Pasir Bila Terbau Durian, “Rasa Terhina Oleh Kucing…”

Jannah by Jannah
1 year ago
in Haiwan
Reading Time: 2 mins read

Memandangkan sekarang ini tengah musim durian, memang ramai lah yang tak melepaskan peluang untuk membelinya. Tetapi baru-baru ini pula, ada satu kejadian lucu yang berlaku pada seekor kucing ini gara-gara bau durian yang kuat ini.

Kucing itu turut memberikan reaksi di luar jangkaan sebaik saja terhidu bau durian yang dinikmati oleh pemiliknya ini. Video itu juga tular dikongsikan sehinggakan ianya meraih hampir tiga juta tontonan setakat ini.

@putriypetir

Mengcapek

♬ All I Want – Olivia Rodrigo

Di dalam video yang dikongsikan ini, dapat dilihat beberapa biji durian yang sudah dibuka diletakkan di atas lantai. Wanita itu juga mungkin sedang menikmati durian itu melihatkan pada gayanya itu.

Namun kemudian, seekor kucing dilihat menghampiri pinggan yang menempatkan isi durian yang sudah dibuka itu. Sebaik saja dia menghidunya, kucing itu kemudian menunjukkan gaya seperti sedang mengorek pasir di sekelilingnya.

bau durian

Gayanya juga seolah-olah seperti mahu menutup najis sama seperti yang selalu dilakukan oleh kucing selepas melepaskan ‘hajat’. Tidak cukup dengan itu, dia turut mengelilingi kawasan sekitar itu dan menghidu bau durian di situ.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat kucing ini. Ada juga yang berseloroh berasa terhina apabila kucing itu memperlakukan durian dengan cara begitu.

“Rasa terhina oleh seekor kucing.”

kucing buat gaya

“Kucing ni racist dia hina makanan kita.”

durian

 

“Kurang ajar.”

komen

“Betul, kucing aku pernah buat begini.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Kucing Terbaring Tengah Jalan, Malas Nak Gerak Sampai Kena Alihkan

Pelajar Tak Masuk Kelas Online Sebab Kambing Beranak, “Sangat Jujur…”

Kucing Berjalan Guna Dua Kaki Macam Kanggaru, “Lupa Jati Diri…”

Sumbertik tok

Trending

Redza (6)
Hiburan

Penonton terlalu suka ‘ending’ Bisik-Bisik Gelora, “Mcm ni baru realiti life”

2 days ago
Fattah
Hiburan

‘Posting’ Fattah Amin buat Syamsul Yusof & pelakon2 Mat Kilau tarik perhatian ramai

3 days ago
senario beach boy lokasi
Hiburan

Pernah Jadi Lokasi Penggambaran Filem Senario, Keadaan Resort Terbengkalai Akhirnya

2 days ago
Anna jobling
Lawak

Tular Meerqeen merajuk dengan Anna Jobling gara2 ‘live’ sama Idris Khan, “Halah comey”

3 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia