Bagi episod Running Man pada minggu ini, selebriti jelita yang serba boleh iaitu Song Ji Hyo menjadi tetamu jemputan selepas sekian lama mengendalikan rancangan popular itu.
Sekali gus mengundang rasa seronok peminat setia Running Man dimana Song Ji Hyo bersama tiga lagi pelakon lain turut hadir untuk mempromosikan drama terbaru berjudul, The Witch’s Diner yang sudah memulakan tayangan beberapa hari lalu.
Walau bagaimanapun, selain Song Ji Hyo peminat pelakon Korea iaitu Nam Ji Hyun turut membuatkan ramai teruja kerana selepas hampir enam tahun, dia sekali lagi menjadi tetamu jemputan di rancangan Running Man.
Pun begitu, menjengah beberapa posting pelakon Malaysia iaitu Isyariana nampaknya dia dan Nam Ji Hyun menjadi sebutan peminat Running Man selepas episod itu mula ditayangkan pada beberapa hari lalu.
Ini berikutan, ada netizen yang mula perasan bahawa wajah pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu dikatakan saling tak tumpah dengan selebriti jemputan rancangan Running Man pada minggu ini.
Nam Ji Hyun yang turut popular dalam drama Suspicious Partner bergandingan dengan pelakon, Ji Chang Wook menerima pelbagai reaksi daripada peminatnya.
“Aku je ke rasa Isyariana macam…”
“Nam Ji Hyun”
“Nam Ji Hyun kembali…”
Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Netizen sangka Firdaus & Muntazar Ghufran orang yang sama, “Laaa…”
Netizen terhibur Fatima dah dapat password, kantoi ‘selfie’ guna telefon Fazura- “Dah tak salah…”