Kecantikan pelakon terkenal, Nur Fazura ini seringkali menjadi tumpuan apabila dia sering mengenakan penampilan yang bersahaja namun tetap kelihatan menarik.
Malah wajah Fazura antara selebriti wanita yang disukai ramai kerana kelihatan ayu dan manis. Sehingga kini, peminat selalu seronok melihat perkembangannya yang dikongsikan melalui laman Instagram dimana dia telah diikuti 5.6 juta pengguna lain.
Sekali gus menjadi tumpuan begitu ramai peminatnya dan Fazura sejak akhir-akhir ini mendapat perhatian luar biasa ramai kerana melancarkan koleksi tudung yang menarik dengan harga yang berpatutan.
Lebih mengundang rasa teruja peminatnya lagi, dia nampaknya bakal melancarkan koleksi baru lagi dimana tudung Fazura pada kali ini merupakan koleksi Merdeka pula.
Namun begitu dalam pada berkongsikan hal itu kepada umum, Fazura menjadi bualan ramai lagi berikutan dia menyertakan sekeping foto sedang menjahit lalu mencetuskan ramai tertarik dengan kecantikan isteri kepada pelakon, Fattah Amin ini.
Sehingga ruangan komen melalui foto Fazura itu, netizen dalam pada masa yang sama meluahkan bahawa jika dahulu sejuk mata memandang melihatnya namun kini ‘beku’ pula kerana bertambah manisnya melihat Fazura bertudung.
“Cantik tak terungkap lagi…”
“Dulu tengok rasa sejuk jer, sekarang tahap beku. Ayu”
Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Peminat teruja lihat gelagat comel Fatima merangkak, “Excited nya suara mommy”
Kisah ‘sedih’ para lelaki tunggu wanita depan Watsons buat ramai tertawa
Kucing kejap nak masuk & keluar rumah bikin netizen ‘bimbang’ pintu sampai berlubang