Semakin kita berumur, semakin kita perlu menjaga kesihatan kerana organ dalaman tidak lagi cekap berkerja seperti ketika kita muda.
Salah satunya adalah sistem metabolisma yang semakin perlahan membuatkan kalori di dalam badan lebih lambat dibakar. Akibatnya orang yang berumur mudah mempunyai masalah kolestrol, berat badan, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
Apabila membuat pemeriksaan kesihatan juga, doktor pasti akan menyarankan suplimen dan memberikan nasihat untuk membantu kita memperbaiki kesihatan, seperti mengamalkan diet, kekal bergerak aktif, dan mengurangkan pengambilan gula serta makanan berminyak.
Tetapi satu lagi perkara tentang orang dewasa terutamanya yang telah berusia adalah mereka sangat sukar untuk mengubah tabiat lama, menyebabkan ada yang tidak mengambil serius saranan doktor.
Seperti yang dapat dilihat dalam sebuah perkongsian video ini, beberapa individu dilihat sengaja mengambil nasihat doktor secara literal untuk mengelak dari perlu mengubah tabiat mereka.
Speaking of doctors pic.twitter.com/dFMdMVd5oI
— Krishna Chettiar ๐ฒ๐พ๐ด๓ ง๓ ข๓ ฅ๓ ฎ๓ ง๓ ฟ (@KMurthychettiar) July 27, 2021
Antaranya wanita yang disuruh untuk ‘memotong’ pengambilan alkoholnya menggunting minuman itu ketika menuangkannya ke dalam cawan.
Seorang wanita lain pula diberitahu untuk memakan lebih banyak ‘hijau-hijauan’, tetapi daripada memakan lebih banyak sayur, dia memakan gula-gula yang berwarna hijau sahaja.
Seorang lelaki dinasihatkan untuk tengok apa yang dimakan, jadi lelaki tersebut meletakkan kamera dan menonton dirinya sedang makan makanan ringan.
Apabila diminta untuk menurunkan pengambilan gula, seorang wanita meletakkan gulanya di bahagian bawah dalam kabinet.
Kompilasi video-video oleh individu-individu berkenaan yang mengambil nasihat doktor mereka secara bulat-bulat ternyata membuat ramai geli hati.
I will follow exactly what my doctor said to me. ๐คฃ๐คฃ https://t.co/zuuBcTeFre
— Hana Dulset (@AzwanRizani) July 28, 2021
“masalah la loya buruk…”
Keto diet bukan gitu hahaha masalah la loya buruk๐๐๐๐ https://t.co/VgcMfcsGGj
— ๐ดbaroqรนeskelantan๐ด (@cahirisk) July 28, 2021
Yang last tu berkesan https://t.co/tYRKZ7W2qQ
— ZombieSyamim (@SYAMIMRSLN) July 28, 2021
“bingung klau dapat pesakit lurus macam ni…”
Hahaha bingung klau dapat pesakit lurus macam ni. https://t.co/rEsWUjAsuU
— blank (@Mr_Somebuddy) July 28, 2021
WEHHHH KELAKARRRR GILAAAAA!!! https://t.co/sE9Y5BOYzu
— L I A N A (@_ijaaa_) July 28, 2021
Tengok banyak kali pon terhibur ๐๐๐ https://t.co/Cvg0IcyG6c
— ููุง ๐น๐ต๐ธ (@MarliyanaD) July 28, 2021
Ikuti juga kisah-kisah menarik di bawah.
Individu buat prank ‘diet’ pada anjing jiran, tapi reaksi anjing sendiri tidak diduga
Tikus, Burung ‘Bertukar Diet’ Akibat Kekurangan Sisa Makanan
Doktor dedahkan tentang susu full cream dan low fat, “Selama ni aku kena tipu…”