Semenjak dua menjak ini, ramai yang hadir ke pusat pemberian vaksin dengan pakaian atau kostum yang menarik perhatian. Sama seperti gelagat dua dinosaur yang meraih perhatian ramai apabila muncul di pusat itu untuk menerima vaksin.
Bukan sahaja kelihatan comel malah gelagat lucu mereka sepanjang mengikuti prosedur menerima vaksin itu turut mencuit hati netizen. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir dua juta tontonan setakat ini.
@shiraazman23 2 cute dinosaur come for vaccinations 🤣😂 #ppv #movenpickhotelklia #myvac #volunteer
Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan dua individu penerima vaksin yang hadir dengan memakai kostum dinosaur. Kemunculan mereka di pusat pemberian vaksin itu turut menarik perhatian ramai apabila mereka dilihat begitu comel dan lucu semasa menunggu giliran untuk divaksin.
Malah gelagat mereka yang berjalan dengan keadaan terkedek-kedek itu juga turut sama mencuit hati netizen. Turut dapat dilihat, kedua-dua dinosaur itu mengikuti satu persatu prosedur yang ditetapkan sebelum akhirnya menerima suntikan vaksin mereka.
Lebih mencuit hati, gelagat dinosaur itu yang cuba duduk di kerusi juga turut membuatkan netizen berdekah. Lagi-lagi apabila mereka mengalami kesukaran untuk duduk di kerusi itu gara-gara kostum dinosaur yang dipakai itu.
Meninjau di ruangan komen, gelagat kedua-dua dinosaur itu turut sama menghiburkan netizen. Ada juga yang memuji usaha kedua-dua penerima vaksin ini yang mungkin mahu menghiburkan petugas di pusat pemberian vaksin itu dan dalam masa yang sama melindungi diri mereka.
“Tengoklah dia duduk atas kerusi tu separuh je…”
“Terkedek-kedek jalan.”
“Comelnya nak ambik vaksin sambil terkedek-kedek.”
“Punyalah tak nak kena covid tu. Cute je lah malaysian ni.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Reaksi Rider Foodpanda Terima Pesanan Pelik Dari Pelanggan, “Ketuk Dan Lari…”
http://himpunanceritalawak.com/2021/08/02/kedai-cermin-tutup-gadis-terpaksa-tutup-cermin-pecah-dengan-plastik/
Lelaki Pakai Kostum Dinosaur, Reaksi Kucing Pula Curi Tumpuan