Penyanyi yang popular dengan panggilan Usop ini tidak lagi perlu diperkenalkan kepada umum berikutan bakatnya itu sudah diterima ramai. Bukan calang-calang suara yang ada pada Usop ini.
Sejak dinobatkan sebagai naik juara dalam rancangan realiti tv berjudul Mentor Milenia 2017, Usop semakin menjadi perhatian peminat.
Bukan itu sahaja, Usop yang bergelar naib juara dalam rancangan Big Stage musim ketiga menjadikan dirinya sebagai penyanyi yang diminati netizen kerana suaranya yang power sekali gus dapat diterima mereka.
Terbaru, Usop menjadi bualan peminatnya di Instagram selepas dia menunaikan permintaan peminat untuk membuat cover sebuah lagu popular berjudul Mekar di Jiwa.
Ternyata suara Usop yang begitu kena dengan lagu Mekar di Jiwa itu membuatkan peminat tidak henti-henti meninggalkan respon memberikan pujian terhadapnya.
Lalu di posting itu, video yang di memuat naik melalui Instagram peribadi Usop itu mencetuskan nyanyiannya mendapat ribuan mata menonton disamping melalui ruangan komen ditinggalkan bermacam-macam respon positif oleh netizen.
Dalam pada masa yang sama, ruangan video nyanyian Usop itu turut mendapat ribuan tanda suka.
“Gila tak sedap. Mantul yehh”
“Ada Youtube channel Usop? Nak dengar full, boleh layan ulang ulang cover Usop buat”
“Hampir sama, sedap”
Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
DSV payung video ‘kembar’, bikin netizen ucap terima kasih sebab sangat terhibur
Riena Diana nyanyi sampai AG terkejut buat netizen gelak besar, “Riena perangai…”
Scha ketawa Awal Ashaari tersangka semula jadi ‘smule’ undang ramai berdekah, “Yg penting confident”