Bagi yang masing bujang dan tinggal bersama ibu dan bapa, masih banyak memori dapat dicipta bersama mereka. Maka hargailah setiap saat kerana bila mana sudah tidak lagi tinggal dengan mereka pasti akan rindu dengan kenangan-kenangan yang tercipta.
Malah mungkin juga ada antara korang yang pernah dikejutkan bangun tidur oleh ayah. Biasanya ini terjadi apabila si anak tidak mahu bangun biarpun sudah pelbagai cara ibu kejutkan. Bila mana si ayah disuruh kejutkan anaknya, automatik si anak tadi terus terjaga.
Situasi ini yang cuba ditunjukkan oleh seorang gadis dalam perkongsian satu video di TikTok. Dalam perkongsian tersebut kelihatan seorang gadis sedang enak tidur. Ibunya datang ke bilik untuk kejutkan anak tersebut, namun tidak berjaya.
Si ibu kemudiannya meminta ayah kejut bangun tidur dan berikut adalah apa yang terjadi:
@mekyunnnn Senang je ayah nak kejut kita kan? Hanya dengan bunyi tapak kaki 🥰😂 #fyp
Mendengarkan hentakan kaki ayah sahaja sudah terus bangun. Belum lagi ayah kejut bangun tidur! Apa-apa pun perkongsian gadis ini menerusi akaun @mekyunnnn telah membuatkan ramai faham dan akui pernah laluinya. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:
“Kelakar laaa boleh relate!!”
“Betol sangat…Dengar je tapak kaki berdesup bangun terus celik mata segar…”
“Time mak2 kejut tak bangun bile time ayah2 kejut terus bangon”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Misha Omar Luah Perasaan Menerusi Lagu, “Tak Boleh Dengar..Sedih”
Lagu Pasrah Dalam Bahasa Korea Dinyanyikan Erra Fazira Raih Tumpuan Peminatnya!
Kongsi Di Sebalik Tabir Video Naik Motor Beramai-Ramai, “Haha Kreatif!”