Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
kedai lama main

Kedai Runcit Gaya Dulu-Dulu Buat Ramai Terkenang Nostalgia

Ain Mahthir by Ain Mahthir
11 months ago
in WOW
Reading Time: 2 mins read

Tin tarik duit adalah salah satu cara orang dulu-dulu simpan wang jualan di kedai runcit. Biasanya satu tin seperti biskut atau Milo digunakan untuk disimpan duit serta ia diikat dengan tali. Bila mahu menyimpan atau mengambil wang baki, tali ditolak dan tin tersebut turun ke bawah.

Cara ini hanya orang zaman dulu-dulu sahaja gunakannya. Namun hari ini jarang sekali untuk kita dapat lihat kedai runcit yang menggunakan kaedah tersebut. Rata-ratanya sudah ada mesin juruwang dengan suasana kedai lebih moden.

Screenshot at Aug 16 15-00-39

Biarpun begitu, baru-baru ini satu perkongsian di TikTok yang memaparkan kedai runcit gaya dulu-dulu telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman itu turut ditunjukkan tin tarik duit yang pernah digunakan pada waktu dulu. Selain dari itu, suasana kedai dengan pintu yang ditutup menggunakan kayu ditutup satu persatu juga turut dikongsikan.

Berikut adalah rakaman suasana kedai runcit gaya dulu-dulu ini yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @iamnazirul:

@iamnazirul

Reply to @melloburger orang 70-90an mesti kenal benda ni #fyp #nostalgia

♬ Rintahan Rasa – Uji Rashid

Buat yang pernah merasai kunjungi kedai runcit sebegini masa kecil pasti boleh terimbau kenangan. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Legend gila. Rindu zaman sekolah dulu”

Kedai lama 3

“Pastu bau kedai pun legend jugak… Dia macam ada bau yang kenangan lalu mengusik jiwa”

Kedai lama 2

“Aaa zaman2 bebudak ni…Legend..Nak2 biskut dalam tin kotak tu”

Kedai lama 1

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Mira Filzah Tunjuk Bakat Jadi Penyampai Radio, “Pehhh Semua Dia Sapu”

Gadis Tak Keruan Bawa Balik Sotong Kurita Hidup, Riuh Habis Satu Dapur!

Pasangan Kembar Tiru Gaya Bonda Hetty Dan Siti Nurhaliza, “Comey Betullah”

Sumberiamnazirul

Trending

Fattah
Hiburan

‘Posting’ Fattah Amin buat Syamsul Yusof & pelakon2 Mat Kilau tarik perhatian ramai

4 days ago
mak wan latah
Hiburan

Bekas Pengurus Peribadi Bongkarkan Perangai Sebenar Mak Wan Latah

21 hours ago
senario beach boy lokasi
Hiburan

Pernah Jadi Lokasi Penggambaran Filem Senario, Keadaan Resort Terbengkalai Akhirnya

3 days ago
Redza (6)
Hiburan

Penonton terlalu suka ‘ending’ Bisik-Bisik Gelora, “Mcm ni baru realiti life”

4 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia