Bagi mereka yang pernah memakai braces, tentunya tahu betapa pentingnya retainer di dalam hidup mereka ditambah pula dengan kos mahal untuk membuatnya. Baru-baru ini pula, seorang gadis mencuri tumpuan ramai apabila dia dilihat menyelongkar tong sampah di sebuah pusat membeli belah.
Semuanya gara-gara dia secara tidak sengaja telah membuang retainer yang dibukanya ketika makan. Video tular tersebut dikongsikan oleh lebih setengah juta tontonan di mana ramai yang turut dapat relate dengan situasi yang dialaminya ini.
@drrwhed._ terpaksa selongkar tong sampah food court aeon nilai 😠@myseraaaaaaaaaaa #bittertruth #fypdongggggggg
Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu dilihat sedang menyelongkar tong sampah sambil mencari sesuatu di dalamnya. Menurutnya, semasa menjamu selera di situ dia telah membuang retainer yang dibukanya secara tidak sengaja.
Sebaik sahaja sedar tentang insiden itu, dia kemudiannya bergegas mencari semula di dalam tong sampah di situ. Malah dia terpaksa menyelongkar beberapa buah tong sampah untuk mencarinya sambil memakai plastik di tangan.
Gadis itu akhirnya menjumpai retainer tersebut yang masih elok dibungkus di dalam tisu semasa dia membuangnya. Dia juga turut meluahkan rasa leganya apabila berjaya menjumpai retainer itu memandangkan harganya juga bukanlah murah sekiranya mahu dibuat semula.
Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama memahami situasi yang dialami gadis ini. Bagi mereka yang sedang memakai retainer, mereka juga pernah melalui situasi sama dimana retainer yang dibuka semasa makan itu terbuang tanpa sengaja.
“Saya pernah! Kena masa kat kenduri kecoh cari sambil jerit gigi aku hilang.”
“Ni okay lagi retainer. Aku pernah terbuang fon baru aku dalam plastik sampah…”
“Retainer boleh nangis kalau hilang. Bukan murah nak buat balik.”
“Setiap kali nak sarung balik kat gigi terbayang pulak gali tong sampah.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Kucing Baru Lepas Mandi Duduk Atas Gula Tengah Jemur, “Habislah…”
Lelaki Prank Kononnya Tiada Kepala, Reaksi Ibu Pula Bikin Berdekah
Kucing Gigit Bawa Patung Jalan Bersama, “Mesti Dia Ingat Kawan…”