Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
ekor kucing

Kucing Pandai Gerakkan Ekor Ikut Arahan Pemilik Bikin ‘Geram’

Jannah by Jannah
11 months ago
in Haiwan
Reading Time: 2 mins read

Apa sahaja yang dilakukan oleh kucing tentunya nampak comel di mata pencinta haiwan ini. Tidak kiralah sama ada kucing anda melakukan perkara di luar jangkaan, ianya masih lagi kelihatan comel dan menghiburkan. Sama macam gelagat seekor kucing ini yang mencuri tumpuan ramai apabila bijak menggerakkan ekornya apabila diminta.

Gelagat comelnya itu turut membuatkan netizen ‘geram’ melihatnya lagi-lagi dengan posisi haiwan ini yang baring dalam keadaan yang comel. Video dikongsikan tersebut juga tular  apabila ianya meraih lebih dari setengah juta tontonan setakat ini.

@najahwho

Hiburan pagi saya 😂😂 #catsoftiktok #sexycat

♬ original sound – najahwho? – najahwho?

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu berkongsikan gelagat kucingnya yang mencuit hati. Di dalam rakaman itu kelihatan seekor kucing yang sedang baring di lantai dengan posisi yang comel dan lain daripada yang lain.

Pemilik haiwan ini kemudiannya memberikan arahan seperti sedang berkawad kaki dan meminta kucing itu menggerakkan ekornya. Lebih melucukan, kucing itu yang seakan-akan faham dengan arahan itu mula menggerakkan ekornya beberapa kali.

ekor kucing

Dalam masa yang sama, kucing itu masih lagi kekal terbaring dan hanya menggerakkan ekornya sahaja. Melihatkan gelagatnya ini, pemiliknya turut sama berdekah apabila kucing itu begitu bijak memahami arahan yang diberikannya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dan ‘geram’ melihat kecomelan kucing ini. Malah netizen turut berseloroh memberitahu kucing itu sudah layak untuk masuk ke dalam Paskal memandangkan dia sudah tahu untuk berkawad.

“Acik dok mencari ekor dia. Rupanya ekor dia kontot…”

kucing pandai

“Okay dah boleh masuk paskal…”

kucing

“Aku yang tengok rasa geram, dengar kata pulak tu.”

komen

“Benda ni pun aku boleh terhibur.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Biawak Lepaskan ‘Hajat’ Dalam Rumah, “Mungkin Nak Tumpang Tandas…”

Gadis Terpaksa Makan Dalam Kereta, Siap Bawa Pinggan Bikin Berdekah

Rakan Tergelincir Di Air Terjun, Ayam Goreng Pula Yang Dirisaukan

Sumbertik tok

Trending

Jep (16)
Hiburan

Sambut Jep pulang, kereta pula jadi tumpuan- “Senyap je takde tunjuk2”

3 days ago
hadiah kahwin
Kehidupan

Pengantin Terkedu ‘Unboxing’ Hadiah Kahwin Terjumpa Barang Lama Dan Berhabuk

1 day ago
Mamat
Hiburan

Giliran Jep pula ditegur MamatGotNoChill, “Hahaha penatla aku gini”

4 days ago
Billie
Hiburan

Peminat ‘bertuah’ jumpa Billie Eilish selamba main ‘drift kart’ di tempat kerja

4 hours ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia