Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
pasar

Lelaki Potong Ikan Di Pasar, Yang Di Belakang Pula Raih Perhatian

Jannah by Jannah
11 months ago
in Lawak
Reading Time: 2 mins read

Selalunya ramai yang suka membeli barang dapur di pasar basah untuk mendapatkan lauk yang lebih segar dan murah. Baru-baru ini pula, satu kejadian melucukan berlaku apabila gelagat seorang lelaki yang sedang memotong ikan di pasar mencuri tumpuan ramai.

Semuanya gara-gara kejadian melucukan yang berlaku di belakangnya apabila rakannya tergolek jatuh tanpa disedarinya. Malah rata-rata netizen turut sama terhibur melihat kejadian yang tidak disangka yang berlaku di pasar ini.

@svifulanwar

terlajak perahu boleh diundur , terlajak jatuh itu makannya , nasihatkan sikit si @harithfishfresh ni

♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat sedang fokus memotong ikan di pasar tersebut. Dalam masa yang sama, kelihatan seorang rakannya yang muncul dari belakang dan mahu memasuki kedai di mana lelaki itu berada.

Semasa lelaki itu sedang sibuk memotong ikan, rakannya kemudian memanjat tembok yang memisahkan kedua-dua kedai di pasar tersebut. Namun malangnya, dia kemudian tergolek jatuh ke hadapan gara-gara tidak dapat mengimbangkan badannya.

ikan

Lebih melucukan, kejadian ini langsung tidak disedari oleh lelaki itu yang sedang asyik memotong ikan. Dalam masa yang sama, rakannya segera bangun selepas terjatuh di situ seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat kejadian memalukan yang berlaku di pasar ini. Malah pada awalnya ramai yang tidak menyangka kemunculan lelaki itu akan membawa kepada satu kejadian yang melucukan.

“Dia nak jadi superman tapi tak kesampaian.”

lelaki potong

“Khusyuk betul potong ikan.”

pasar

“Fokus pada ikan. Ingatkan ikan jatuh rupanya orang.”

komen

“Fokus kat orang siang ikan tahu-tahu dah tergolek…”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Kongsi Cara Tak Perlu Seterika Baju, Reaksi Netizen Pula Bikin Berdekah

Gelagat Kucing Tersangkut Kaki Dekat Sofa Masa Tengah Mencakar

Rakan Terjatuh Dari Kerusi, Lelaki Selamba Rakam Gambar Dulu

Sumbertik tok

Trending

Jep (16)
Hiburan

Sambut Jep pulang, kereta pula jadi tumpuan- “Senyap je takde tunjuk2”

3 days ago
hadiah kahwin
Kehidupan

Pengantin Terkedu ‘Unboxing’ Hadiah Kahwin Terjumpa Barang Lama Dan Berhabuk

1 day ago
Mamat
Hiburan

Giliran Jep pula ditegur MamatGotNoChill, “Hahaha penatla aku gini”

4 days ago
Billie
Hiburan

Peminat ‘bertuah’ jumpa Billie Eilish selamba main ‘drift kart’ di tempat kerja

3 hours ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia