Pelakon, Farah Nabilah bukanlah nama baru dalam industri hiburan tanah air malah lakonannya dalam beberapa drama begitu mendapat tempat di hati peminat drama tempatan.
Meskipun kini Farah Nabilah lebih kerap dilihat di media sosial miliknya iaitu diruangan Instagram, ia sudah cukup mengembirakan peminatnya apabila dia kini semakin bahagia disisi suami, Mohammed Amirul Yunus dan anak sulungnya yang diberi nama Andre Omar.
Walau bagaimanapun, dalam satu perkongsian video daripada selebriti ini di Instagram nampaknya mengundang peminat mengulang tayang menyaksikan bahagia sungguh keluarga selebriti ini.
Farah Nabilah menerusi posting turut menyertakan satu rakaman video yang memaparkan bagaimana dia memberikan kejutan buat suaminya itu bersama anak lelakinya, Andre Omar.
Lebih menarik perhatian dalam video itu juga, penampilan Farah Nabilah yang begitu jelita lalu menerima pelbagai pujian peminat terhadapnya.
Melihatkan momen bahagia keluarga selebriti jelita ini ternyata netizen turut menghujani ruang komen dengan pelbagai reaksi berserta ribuan tanda suka ditinggalkan.
“Rindu… cantik Fawa pakai tudung”
“Makin comel Fawa pakai tudung… moga sentiasa dalam lindungan Allah SWT”
“Kak Fawa tak mo surprisekan kita juga kaa. Hehehe… semoga kak Fawa happy happy selalu dengan husband and Dre”
Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Puji Nabila Razali lawa, komen Khai Bahar undang netizen bau nasi minyak
Lakon balik watak dalam Pa’e, Shaheizy Sam pelik Bell Ngasri tak tua2- “Apa rahsia…”
Video anak kedua Tokti undang ‘geram’ sebab comel sangat, “Afwa…”