Siapa sahaja yang tidak cair menyaksikan kecomelan kucing-kucing malah buat pencinta haiwan ini suka menonton rakaman video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok mengenai kucing peliharaan mereka.
Boleh dikatakan ramai juga menggunakan peluang sebagai pengguna TikTok untuk menghiburkan netizen dalam berkongsikan gelagat kucing mereka kepada umum.
Siapa menyangka, ada yang lucu malah cukup pandai membuat beberapa perkara yang rasanya agak mustahil seperti bijak membuka pintu sendiri. Tetapi paling mencuit hati pula disaat si bulus perlu mandi.
Pasti ada si bulus anda yang sangat tidak suka apabila mandi sehingga ada yang akan lari atau merasa gelabah apabila tiba masanya dimandikan dan begitulah nampaknya dilihat dalam perkongsian oleh salah seorang pengguna TikTok ini.
Individu atas nama EmyliaShazleen memuat naik satu rakaman video seekor kucing yang dimandikan oleh dua orang lelaki sehingga dipeluk erat salah seorang daripadanya.
@emyliashazleen Ahahhahaa tengok sampai part last tau! 😂 Sho cute! 😍
Lebih menarik perhatian dalam video menunjukkan betapa manjanya si comel itu disaat dimandikan sehingga memeluk tangan salah seorang lelaki terbabit.
Selain rakaman itu membuatkan rata-rata netizen yang melihat si comel tersebut terhibur, mereka juga menghujani ruang komen dengan pelbagai reaksi lucu yang menganggap mungkin kucing itu sengaja kerana rupa kacak lelaki tersebut.
“Kucing ni saja ambik kesempatan…”
“Ada abang ensem…”
“Mesti kucing tu…”
Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Peminat ulang2 tengok video Farah Nabilah beri kejutan buat suami, “Cantiknya…”
Puji Nabila Razali lawa, komen Khai Bahar undang netizen bau nasi minyak
Wajah ‘copy paste’ anak lelaki Shah Rukh Khan & Saif Ali Khan jadi tumpuan ramai, “Handsome”