Kucing dengan bulu halus berwarna oren sering kali diberikan gelaran Oyen dan dikaitkan dengan ‘kenakalannya’. Hampir kebanyakan video yang dikongsikan di sosial media, jika mengenai Oyen pasti akan menunjukkan perkara nakal dilakukan oleh haiwan ini.
Dalam perkongsian satu video terbaharu ni dipaparkan seekor kucing dengan bulu oren sedang melintas jalan. Rakaman itu diambil dari dalam sebuah kereta sedang bergerak jelas menunjukkan ‘perangai’ Si Oyen ini yang aneh. Manakan tidak, bila nampak lampu kereta itu tiba-tiba Si Oyen mula berjalan perlahan masa melintas jalan.
Gelagat ‘nakal’ haiwan ini sememangnya hanya Oyen sahaja yang panjang akal sebegini. Kenderaan yang lalu di jalan raya itu terpaksa memperlahankan kelajuan dan menunggu Si Oyen melintas jalan dengan selamat. Berikut adalah rakaman Si Oyen melintas jalan cara ‘slow mo’ yang dikongsikan ini:
just standard oyen behaviour pic.twitter.com/sY9TjJn2PD
— fel asleep (@pelisahh) September 20, 2021
Buat hal betul Si Oyen! Perkongsian rakaman Si Oyen melintas jalan cara ‘slow mo’ ini telah meraih perhatian ramai. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“Kalau tak tau harimau ni cucu cicit piyut Oyen. So jangan pelik dia paling samseng”
“Anggap jelah dia pura-pura berlakon jadi kura-kura…”
“Ingat jalan ni mak pak dia punya ke hahaha”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Tenang Makan Biarpun Cuaca Ribut Di Luar, “Berhayun2 Fries Nak Suap Haha”
Pemuda Lakonkan Konon Melancong Ke Langkawi, “Gaya Tak Nak Kalah Tu”
Warganet Terhibur Tonton Reaksi Uncle Bila Terjumpa Serai Dalam Pinggan Nasi