Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
celoteh si cilik main

Celoteh Si Cilik Di Dalam Kereta Ini Curi Perhatian, “Pandainya Dia”

Ain Mahthir by Ain Mahthir
9 months ago
in Media Sosial, WOW
Reading Time: 2 mins read

Mempunyai anak kecil dalam sesebuah keluarga menjadikan suasana di rumah agak riuh dengan telatah mereka. Masih di awal usia, makanya gelagat mereka juga sangat bersahaja dan tidak dibuat-buat.

Malah jika anak-anak kecil ini petah berkata-kata juga membuatkan hati tercuit dengan gelagat mereka ini. Terbaharu, satu rakaman yang memaparkan celoteh si cilik di dalam kereta ini telah mencuri perhatian ramai.

Dalam perkongsian video itu, kelihatan anak kecil yang dikenali dengan panggilan Yaya memegang telefon sambil berceloteh. Anak kecil ini sememangnya popular dengan keletahnya yang bijak bercakap dengan menggunakan loghat utara.

Dalam video ini Yaya memberitahu dia mahu ke rumah Tokma. Malah sempat si cilik ini berceloteh dengan bapanya yang dipanggil abi. Berikut adalah perkongsian rakaman celoteh si cilik di dalam kereta ini yang telah mencuri perhatian ramai:

@yaya_translator

Hello guys ! Yaya nak pi rumah tokma ni ☺️ #areesafamily

♬ original sound – YayaTranslator – YayaTranslator

Comel dan bijak sungguh si Yaya ini ya! Perkongsian rakaman telatah celoteh si cilik di dalam kereta ini telah meraih lebih 1.5 juta tontonan dan 181 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Hahaha kena marah tak tahan tu. Sian abi”

celoteh si cilik 3

“Ya Allah pandai nya dia. Mama pon teringin nak ada anak girl”

celoteh si cilik 2

“Ish comey laa dak Yaya ni”

celoteh si cilik 1

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Parodi Squid Game Oleh Jihan Muse Undang Tawa, “Aku Kan Geram Je Tengok”

Sambut Hari Jadi Dengan Kek Tarik Duit, “Okay Hat Ni Rare”

Fatin Afeefa Belanja Suara Sambil Baring, “Melintang Ke Duduk Ke Semua Sedap!”

Sumberyaya_translator

Trending

mak wan latah
Hiburan

Bekas Pengurus Peribadi Bongkarkan Perangai Sebenar Mak Wan Latah

22 hours ago
Fattah
Hiburan

‘Posting’ Fattah Amin buat Syamsul Yusof & pelakon2 Mat Kilau tarik perhatian ramai

4 days ago
rykarl bersiap segak main
Hiburan

Pernah Popular Sebagai Pelakon Cilik, Video Terkini Rykarl Bersiap Segak Raih Tumpuan!

24 hours ago
promosi produk
Hiburan

Babak Promo Produk Dalam Drama Ini Dipuji, “Pengarah Dia Buat Homework Dulu..”

21 hours ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia