Hanya pemilik haiwan peliharaan seperti kucing sahaja faham dan tahu apakah cabaran untuk memeliharanya. Setiap apa yang kita lakukan pastinya ada cabaran tertentu dan sama juga seperti menjaga kucing.
Memelihara haiwan ini adalah satu tanggungjawab yang agak besar. Bukan hanya disebabkan haiwan ini manja dan comel sahaja tapi kerana ia makhluk yang bernyawa dan turut mempunyai perasaan.
Baru-baru ini rakaman seorang gadis memanggil kucingnya keluar dari rumah jiran telah mendapat perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut, selepas gadis itu memanggil kucingnya dari pagar rumah tersebut kelihatan si comel berjalan menuju ke arah tuannya.
Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah kucing itu dibawa dengan bakul seakan pergi ke pasar. Berikut adalah rakaman gadis jemput si comel pulang ini:
@ejahalkherid Makan kita sediakan, berak kita bersihkan, hidup makan tido je. Tapi kita sayang dia … Adakah ini dinamakan cinta? 😪 #cats #kucing #kucingkutuan
Alahai comel betul bawa kucing balik rumah masukkan dalam bakul seperti ini! Si comel pun mendengar kata baik je duduk dalam bakul itu ya. Apa-apa pun perkongsian rakaman jemput si comel pulang yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun ejahalkherid ini telah meraih lebih 89 ribu tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“Alang2 dah masuk beg tu, juai kat market ja sis”
“Amboii kemain yer ko dik. Berjemput bagai…”
“Hahahah patutnya awak yang kena exercise Ciko”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Bella Astillah Kongsi Berlakon Dengan Andi Bernadee, “Haha Mesti Tahan Gelak Je”
Si Comel Mengintai Jiran Sebelah Rumah, “Tolong Jangan Percaya Kecomelan Oyen”