Selalunya kanak-kanak sering berada dalam masalah gara-gara perasaan ingin tahu yang tinggi dan melakukan perkara yang tidak dijangka. Namun berbeza kali ini, apabila seorang lelaki dewasa yang mengalami masalah disebabkan jari yang tersangkut di dalam lubang kaunter.
Bukan sahaja tersangkut malah lelaki itu terpaksa menahan malu apabila kelakuannya ini telah menyebabkan dirinya dalam masalah. Malah rata-rata netizen turut sama terhibur dan tertanya-tanya apakah motif sebenar lelaki itu memasukkan jari di dalam lubang kaunter itu.
@remycahaya
Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat sedang menahan ketawa apabila sedar jari yang dimasukkan ke dalam lubang di kaunter itu tidak dapat dikeluarkan. Turut dapat dilihat, jari lelaki itu yang tersangkut dan langsung tidak dapat ditarik keluar.
Dalam masa yang sama, lelaki itu turut merayu pada rakannya itu untuk menelefon pihak bomba bagi mengeluarkan jarinya itu. Lelaki itu kemudian berusaha menarik sendiri jari itu namun tidak berjaya sekaligus membuatkan dia turut berdekah melihatnya.
Pada penghujung video, jari lelaki itu akhirnya selamat dikeluarkan tanpa perlu memanggil pihak bomba. Melihatkan pada kejadian yang menimpanya ini, ramai netizen yang turut hairan macam mana lelaki itu boleh terfikir untuk bermain di situ.
Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat situasi yang dialaminya ini. Malah ada juga yang berseloroh perangai nakalnya itu yang sama seperti kanak-kanak yang suka mencuba perkara baru.
“Kot aku jadi bomba tu aku gelakkan kuat-kuat dulu…”
“Pahal la kau masukkan jari dalam tu.”
“Saya kesian tapi saya gelakkan…”
“Selalu budak kecik yang kena macam ni…”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Oyen Buat Hal Masuk Mydin Tak Reti Nak Keluar, “Oyen Nak Beli Ikan…”
Ingatkan Bumbung Bocor, Rupanya Pokok Yang Curah Air Ke Dalam
Kucing Terjaga Dari Tidur Bila Disuapkan Madu, “Mimpi Jadi Kenyataan…”