Bagi orang yang single, menemani rakan dan pasangannya keluar dating bukanlah sesuatu yang menyeronokkan sama seperti yang dilalui oleh lelaki ini. Gelagatnya yang membebel apabila menemani rakannya keluar dating ini menarik perhatian ramai dengan reaksi spontannya ini.
Malah rata-rata netizen turut berdekah apabila lelaki itu memberikan reaksi tidak puas hati semasa melihat rakannya berpura-pura berlakon ‘sweet’ untuk kekasihnya. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir sejuta tontonan setakat ini.
@some1uknow2 spoil la jantan ni😤
Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis ini berkongsikan kejutan dari teman lelakinya yang membelikan air istimewa untuknya. Semasa lelaki itu membuka pintu kereta, dia kemudian memberikan reaksi terkejut dan terharu dengan pemberian itu.
Namun rupa-rupanya, itu semua adalah lakonan sahaja di mana gadis itu telah meminta teman lelakinya kembali melakonkan semula kejutan itu untuk dirakam. Apa yang menarik perhatian ialah semua lakonan itu turut disaksikan rakan lelaki mereka yang berada di dalam kereta itu.
Malah lelaki itu siap membebel tidak puas hati apabila kedua-dua mereka ini sanggup berlakon semula semata-mata untuk dirakamkan. Lebih melucukan, lelaki itu turut tidak dapat menahan rasa marahnya di mana dia terpaksa melihat kedua-duanya berlakon ‘sweet’ di situ.
Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur mendengar bebelan tidak puas hati dari lelaki itu. Sehinggakan ada yang menyangka lelaki itu dipaksa untuk turut sama menemani pasangan itu keluar dating jika dilihat dari gayanya itu.
“Member period jangan ajak teman dating.”
“Ni dah take ke 2 tau dia suruh berlakon lepas tu buat buat terkejut…”
“Aku rasa member ni koyak, dia nak minum air tu tapi asyik ulang record…”
“Aku suka lelaki tu membebel. First time perempuan kalah dengan lelaki ni.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Kucing Selamba Pijak Lantai Baru Simen Bikin Terhibur, “Cop Mahal Tu…”
Kongsi Momen Menanti Hari Bahagia, Rupanya Ada Plot Twist Lain!
Lelaki Gelabah Jari Tersangkut Dalam Lubang Kaunter, “Nakal Sangat…”