Kucing berbulu oren atau sering digelar Oyen ini cukup sinonim dengan sifat nakal dan banyak ragamnya. Lihat sahaja perkongsian rakaman haiwan comel ini di sosial media, rata-ratanya memaparkan pelbagai telatah nakalnya.
Namun apa yang lebih mencuri perhatian adalah gelagat seekor anak kucing berbulu oren dalam rakaman ini. Menerusi perkongsian satu video ini dipaparkan telatah anak Oyen buat drift masa mengejar dan telah mencuri perhatian ramai.
Berlari dengan penuh bergaya sangat anak si bulus seekor ini! Perkongsian video tersebut yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun michaelcg87 ini telah membuatkan ramai terhibur. Berikut adalah video yang dikongsikan itu:
@michaelcg87
Hebat betul gayanya haiwan comel ini! Macam tengah memburu cara anak bulus ini mengejar. Perkongsian rakaman anak Oyen buat drift ini telah meraih lebih 15 juta tontonan dan 2 juta likes. Rata-rata warganet turut kagum melihatkan aksi si comel ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:
“Repeat lebih sekali mai sini hahaha kena pulak dengan rentak lagu dia adui Oyen2 the best”
“Power betoi lah break dia Oyen..Oyen geram pulak ku tengok”
“Ekor dia cam nak sengat orang je”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Reckless Versi Fatin Afeefa & Syada Amzah, “Terbuai Dengar Suara”
Gelagat Melintas Jalan Sambil Menari Curi Perhatian, “Comella Diorang Ni”
Si Comel Ikut Naik Motor Santai Lepak Di Bahu, “Innocent Nya Kucing Tu Weh”