Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
oyen

Lelaki Bagi Ulasan Pergaduhan Oyen Dan Black, “Tunggu Arahan Ketua…”

Jannah by Jannah
10 months ago
in Haiwan
Reading Time: 2 mins read

Kucing berwarna oren atau lebih popular dipanggil oyen sememangnya terkenal dengan kenakalan dan keberanian mereka ini. Namun sebenarnya, kucing berwarna hitam juga tidak kurang sama hebatnya malah dikatakan lebih gangster daripada oyen.

Sama macam gelagat pergaduhan di antara oyen dan black yang dikongsikan oleh lelaki ini. Lebih menarik perhatian, lelaki itu siap memberikan ulasan secara langsung semasa menonton pergaduhan yang berlaku di antara oyen dan juga black ini.

@madlohoq

pergaduhan antara BLACK AND OYENN

♬ original sound – muhdmohsin – muhdmohsin

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan dua ekor kucing yang sedang bergaduh di tengah jalan. Malah si oyen dan juga black itu saling memarahi satu sama lain sambil menunggu masa untuk melakukan serangan.

Lebih melucukan, babak pergaduhan itu juga turut sama ditonton oleh sekumpulan kucing berwarna oren yang mungkin merupakan rakan kepada oyen itu. Mereka juga siap menunggu di tepi seolah-olah sedang menanti masa untuk membantu rakan mereka.

kucing

Namun tidak lama kemudian, oyen mula berlari menyelamatkan diri sebaik sahaja dikejar oleh kucing berwarna hitam itu. Apa yang menarik perhatian ialah sekumpulan kucing berwarna oren itu hanya mampu memandang sahaja dan tidak berani untuk masuk campur di dalam pergaduhan tersebut.

Di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat pergaduhan yang berlaku ini. Malah netizen turut berseloroh sememangnya kucing berwarna hitam adalah lebih gangster dan berani daripada oyen.

“Tunggu arahan ketua tu.”

oyen

“Geng oyen be like: kau tumbang kita orang masuk.”

black

“Hitam sebenarnya lagi gangster dari oyen.”

komen

“Semua mampu tengok je hitam tu…”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Gadis Beli KFC Dapat Percuma Name Tag, “Kena Sumpah Jadi Ayam…”

Suasana Panik Orang Kampung Terjumpa Bom Raih Perhatian

Reaksi Panik Sekumpulan Lelaki Bila Langsir Terjatuh Bikin Terhibur

Sumbertik tok

Trending

Jep (16)
Hiburan

Sambut Jep pulang, kereta pula jadi tumpuan- “Senyap je takde tunjuk2”

3 days ago
hadiah kahwin
Kehidupan

Pengantin Terkedu ‘Unboxing’ Hadiah Kahwin Terjumpa Barang Lama Dan Berhabuk

1 day ago
Mamat
Hiburan

Giliran Jep pula ditegur MamatGotNoChill, “Hahaha penatla aku gini”

4 days ago
Billie
Hiburan

Peminat ‘bertuah’ jumpa Billie Eilish selamba main ‘drift kart’ di tempat kerja

2 hours ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia