Selalunya kucing memang suka apabila diri mereka menjadi perhatian ramai terutamanya ketika di dalam suasana berkumpul di rumah. Sama juga macam gelagat seekor kucing ini yang sempat mencuri perhatian ramai semasa pengantin sibuk bergambar di hadapan pelamin.
Bukan sahaja mencuri perhatian malah kucing itu juga siap memonopoli kawasan pelamin itu dan menjadikan dirinya bintang utama. Malah rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat kucing itu yang seolah-olah menjadi scene stealer dalam situasi ini.
@syaqayla he said step aside its my time to shine now #catsoftiktok
Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik video berkongsikan gelagat kucingnya semasa pengantin lelaki sedang sibuk bergambar. Pada masa itu, turut kelihatan pengantin lelaki sedang bergambar di hadapan pelamin ketika dirakamkan jurugambar itu.
Dalam masa yang sama, kucing itu kemudian perlahan-lahan mendekati kawasan pelamin itu tanpa disedari oleh orang lain. Kucing itu kemudiannya mula mendekati pelamin malah siap memanjat di atas kerusi pelamin semasa pengantin sedang bergambar.
Lebih melucukan, pada akhirnya kucing itu berjaya merampas kawasan tersebut dan siap duduk bersantai di atas pelamin itu. Malah kucing itu juga turut tenang apabila dirinya pula yang dirakamkan oleh jurugambar itu sekaligus menggantikan pengantin lelaki tersebut.
Di ruangan komen, netizen turut sama ‘geram’ melihat kecomelan kucing ini merebut perhatian ramai. Ada juga yang berseloroh mungkin juga kucing itu hanya mahu mengajar pengantin lelaki itu cara yang betul untuk bergaya di hadapan kamera.
“Your cat patut ada satu page dalam buku pengantin tu.”
“Nak attention ke tu kucing.”
“Dia pun dah seakan akan pengantin.”
“Kucing tu dah memang plan untuk photo shoot sekali.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Tuan Rumah Sibuk Karaoke, Lelaki Hantar Parcel Ikut Menyanyi
Dua Lelaki Bantu Rakan Tersangkut, Seluar Terkoyak Pula Bikin Dekah