Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
eskalator

Gadis Confident Turun Di Eskalator Yang Salah, “Lama Tak Keluar…”

Jannah by Jannah
10 months ago
in Lawak
Reading Time: 2 mins read

Untuk mereka yang sudah lama tidak keluar rumah, tentunya terasa agak kekok apabila kembali semula ke dunia luar selepas sekian lama berada di rumah. Sama macam situasi lucu yang dikongsikan ini di mana seorang gadis tersalah menaiki eskalator yang dijumpainya baru-baru ini.

Bukan sahaja tersalah eskalator malah gadis itu juga terlebih yakin untuk menuruni eskalator yang sedang dalam keadaan naik itu. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari setengah juta tontonan setakat ini.

@pluxxycorka

macam bodddddo 😭

♬ Oh No – Kreepa

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu dilihat dirakamkan oleh rakannya untuk mengucapkan selamat tinggal. Semasa dalam perjalanan itu, gadis itu sempat melambai pada rakannya sebelum berdiri di hadapan eskalator itu untuk turun.

Namun sebenarnya, dia telah tersilap eskalator di mana eskalator itu bukanlah untuk mereka yang mahu turun ke bawah. Lebih melucukan, gadis itu kemudian kelihatan teragak-agak untuk turun dan kelihatan sedikit lambat untuk memproses apa yang sedang terjadi.

salah eskalator

Malah gadis itu turut mencuit hati netizen apabila dia tetap mencuba untuk turun di eskalator itu sebelum ditegur oleh rakannya sendiri. Melihatkan gelagatnya ini, ramai pula netizen yang menganggap mungkin juga gadis itu sudah lama tidak keluar rumah dan menaiki eskalator.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah dengan situasi yang dialaminya ini. Ada juga yang berseloroh tidak menyalahkan gadis itu sebaliknya menyalahkan eskalator itu sendiri yang mencetuskan kekeliruan ini.

“Perempuan tu tak salah, yang salah eskalator.”

eskalator

“Kenapa teruskan lagi jalan tu…”

gadis

“Nampak lah dah lama tak keluar rumah.”

komen

“Tak, mula mula lagi dia dah teragak agak dah hahaha tapi teruskan jugak kenapa.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Gelagat Kanak-Kanak Saling Berpandangan, “Cinta Di Kedai Makan…”

Pengantin Tengah Bergambar, Kucing Pula Sibuk Tarik Perhatian

Tuan Rumah Sibuk Karaoke, Lelaki Hantar Parcel Ikut Menyanyi

Sumbertik tok

Trending

ryan live dengan adik
Lawak

Ryan Bakery ‘Live’ Dengan Adik Sendiri, “Bongsu VS Sulung Haha”

15 hours ago
Hayfa (1)
Hiburan

Parodi dialog popular Hayfa, “Part mak Hayfa, berdekah aku”

5 days ago
Duyung
Hiburan

Suka hiburkan ramai, diam2 Duyung jadi cikgu, “Respek”

3 days ago
Shuib (16)
Hiburan

“Drpd Zero to hero”- Video kejayaan BubbleBee Shuib dihujani ucapan tahniah

1 day ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia