Memandangkan sekarang ini kita sudah dibenarkan untuk merentas negeri, ramai yang mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung bertemu keluarga. Malah ramai juga yang turut sama membawa haiwan peliharaan mereka pulang sama seperti seekor kucing ini yang meraih perhatian ramai.
Bukan itu sahaja, reaksinya yang pertama kali berjumpa dengan kucing di kampung juga turut sama mencuit hati netizen. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir setengah juta tontonan setakat ini di mana rata-rata netizen turut terhibur melihatnya.
@fryrehanna Susah la bdk kampung ni , tak pernah tgok org pakai tali ke helehhh sibuk je 😒 sebaik mummy tahan je ni , kalau tak siapp aaaa kauu 😌
Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu berkongsikan gelagat kucingnya semasa dibawa berjalan di kampung halamannya. Namun tidak lama kemudian, muncul seekor kucing kampung yang memerhatikan kucingnya dari jauh.
Tidak cukup dengan itu, kedua-dua mereka kemudian mula bersikap agresif dan ingin menyerang satu sama lain. Apa yang menarik perhatian ialah kucing kampung itu dilihat turut berasa pelik melihat kucing itu yang dipakaikan tali pada badannya.
Lebih melucukan, kucing berwarna oren ini akhirnya terpaksa didukung oleh pemiliknya itu untuk menenangkannya selepas itu. Menurut pemiliknya, kucingnya itu hanya berpura-pura garang sahaja walaupun sebenarnya takut dengan kemunculan kucing kampung di situ.
Di ruangan komen, netizen turut sama ‘geram’ melihat kecomelan kucing itu yang kononnya cuba berlakon garang. Malah ada juga yang berseloroh pertemuan di antara kedua-dua kucing itu seperti babak pergaduhan di dalam filem.
“Kucing tu mesti cakap siapa kau berani masuk kawasan aku.”
“Member baru nak ajak gaduh. Mummy dia pulak pergi pegang.”
“Marah pun comel…”
“Along kawasan dah mari.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Kongsi Bunyi Alarm Member, Siap Boleh Berjoget Undang Ketawa
Minta Ayam Bahagian Peha, Lain Pula Yang Diterima Bikin Berdekah