Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
melatah

Lelaki Melatah Masa Tengok Bola, Orang Lain Pula Jadi Mangsa

Jannah by Jannah
7 months ago
in Lawak
Reading Time: 2 mins read

Mereka yang melatah tentunya sering kali menjadi bahan usikan rakan-rakan yang lain terutamanya mereka yang kuat mengusik. Macam situasi yang dikongsikan ini tentang gelagat seorang lelaki ini yang melatah semasa mereka sedang menonton perlawanan bola sepak baru-baru ini.

Bukan sahaja melatah malah lelaki itu juga siap memukul kepala rakan yang berada di hadapannya gara-gara terkejut. Gelagat selambanya ini turut mencuit hati netizen di mana ramai yang turut sama berdekah melihat nasib rakannya yang menjadi mangsa.

@mrobie0

final #jdtvsklcityfc #melatahteruk😌 #melatahpunyepenangan😂😂😂 #melatahkau #melatah2020 #melatahviral #melatah #fypシ #fyp

♬ bunyi asal – Mr Obie – Mr Obie

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan mereka sedang menonton sebuah perlawanan bola sepak yang ditayangkan di televisyen. Namun tidak semena-mena, pemilik video kemudian menjerit secara tiba-tiba dan mengejutkan rakan-rakan yang lain.

Jeritan itu turut menyebabkan lelaki yang melatah itu berasa terkejut dan tidak dapat mengawal dirinya. Lebih melucukan, lelaki itu sempat memukul kepala rakannya yang berada di hadapannya sehingga terdengar bunyi pukulan yang kuat.

lelaki melatah

Rakannya turut kelihatan tergamam dan memegang kepalanya sebaik sahaja dia menjadi mangsa dalam situasi ini. Melihatkan reaksi spontan dari lelaki itu, rakan-rakan yang lain turut berasa terhibur dan berdekah melihatnya.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut berseloroh bersimpati dengan nasib rakannya yang menjadi mangsa. Malah ramai yang turut berdekah mendengar bunyi pukulan itu yang boleh tahan kuatnya dari biasa.

“Jangan buat main. Laju je tangan tu melayang…”

melatah

“Tak masal kena tang kepala.”

lelaki melatah

“Kesian member kena.”

komen

“Jem member kejap bila kena tampar dari belakang…”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Gelagat Lelaki Usik Diri Sendiri Bikin Terhibur, “Dia Okay Tak Tu…”

https://www.himpunanceritalawak.com/2021/12/02/rakaman-rumah-sama-seperti-lukisan-zaman-kanak-kanak-wujud-jugak/

Gadis Hyper Sangat Masa Jogging, Ending Video Pula Undang Ketawa

Sumbertik tok

Trending

Fattah
Hiburan

‘Posting’ Fattah Amin buat Syamsul Yusof & pelakon2 Mat Kilau tarik perhatian ramai

4 days ago
mak wan latah
Hiburan

Bekas Pengurus Peribadi Bongkarkan Perangai Sebenar Mak Wan Latah

21 hours ago
senario beach boy lokasi
Hiburan

Pernah Jadi Lokasi Penggambaran Filem Senario, Keadaan Resort Terbengkalai Akhirnya

3 days ago
Redza (6)
Hiburan

Penonton terlalu suka ‘ending’ Bisik-Bisik Gelora, “Mcm ni baru realiti life”

4 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia