Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
tembok

Gadis Pandu ATV Sampai Terlanggar Tembok Bikin Dekah, “Salah Tembok…”

Jannah by Jannah
7 months ago
in Lawak
Reading Time: 2 mins read

Aktiviti sukan seperti ATV antara yang selalu menjadi pilihan pada hujung minggu terutamanya bagi mereka yang ingin meluangkan masa bersama rakan-rakan. Namun lain pula yang berlaku pada dua gadis ini apabila gelagat mereka menaiki ATV menarik perhatian ramai.

Semuanya gara-gara cubaan mereka memandu ATV itu sehinggakan berlanggar pada tembok di tepi jalan. Malah rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat mereka ini yang tidak semena-mena berlanggar dengan tembok pada penghujung video.

@nanafanna96

hahaha jalan punya lurus ke tembok juga lalu 😂🤣🤣 #cuti2langkawi #atvlangkawi #buathal

♬ the psycho intro gone wrong ã… ã…  – Arielle

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan dua gadis sedang bersedia untuk memandu ATV sambil masing-masing siap memakai topi keledar. Lebih melucukan, rakan yang berada di belakangnya juga siap memeluk kuat gadis itu dengan reaksi wajah yang gementar.

Segalanya masih lagi berjalan dengan lancar dan gadis itu juga dilihat memandu ATV itu sambil dirakamkan yang lain. Namun tidak lama kemudian, gadis itu telah melanggar tembok batu yang berada di tepi jalan secara tiba-tiba.

tembok

Hasil daripada pelanggaran itu turut membuatkan rakannya di belakang terlompat dari tempat duduknya itu. Melihatkan situasi yang dialami mereka ini, netizen turut berseloroh mungkin juga rakan di belakang gadis itu sudah dapat meramalkan apa yang akan terjadi sebelum bermula.

Di ruangan komen, netizen turut berdekah melihat cubaan gadis itu membawa ATV tersebut. Namun dalam masa yang sama, ramai yang berseloroh ianya bukan salah gadis itu tetapi salah tembok tersebut yang berada di situ.

“Padan member belakang dah peluk kuat, dah tau apa akan jadi rupanya.”

ATV

“Awak tak salah, tembok yang salah.”

gadis

“Member belakang muka memang dah tahu masa depan tu.”

komen

“Salah tembok, patut elak motor nak lalu.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Lelaki Makan Nasi Tepi Pantai, Habis Dilambung Ombak Undang Ketawa

Gadis Buat Ulasan Kucing Bergaduh Di Belakang Bikin Dekah

Gelagat Oyen Bawa Lari Patung Milik Tuan, “Nak Bagi Awek…”

Sumbertik tok

Trending

Fattah
Hiburan

‘Posting’ Fattah Amin buat Syamsul Yusof & pelakon2 Mat Kilau tarik perhatian ramai

4 days ago
mak wan latah
Hiburan

Bekas Pengurus Peribadi Bongkarkan Perangai Sebenar Mak Wan Latah

21 hours ago
senario beach boy lokasi
Hiburan

Pernah Jadi Lokasi Penggambaran Filem Senario, Keadaan Resort Terbengkalai Akhirnya

3 days ago
Redza (6)
Hiburan

Penonton terlalu suka ‘ending’ Bisik-Bisik Gelora, “Mcm ni baru realiti life”

4 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia