Siri animasi judul Upin dan Ipin menjadi antara kebanggaan rakyat Malaysia. Mengisahkan tentang kehidupan sepasang kembar bernama Upin dan Ipin di sebuah kampung, siri ini bertambah seronok untuk ditonton dengan adanya pelbagai karakter sampingan yang lain.
Malah buat yang gemar menyaksikan siri ini pastinya tahu apa itu bahagian ayam kegemaran karakter utamanya. Sehinggakan ada yang mengelarkan ayam peha goreng sebagai ayam Upin Ipin. Sama seperti seorang adik ini yang meminta diberikan ayam Upin Ipin.
Dalam rakaman pendek yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok dengan nama akaun mekraepen9498 ini kelihatan beberapa budak sedang beratur menunggu giliran untuk mengambil makanan. Tiba giliran seorang adik perempuan ini, dia meminta ayam Upin Ipin.
Mujurlah yang memberikan makanan itu tahu apa ayam tersebut. Berikut adalah rakaman budak minta ayam Upin Ipin ini:
@mekraepen9498
Perkongsian rakaman budak minta ayam upin ipin tersebut telah meraih satu juta tontonan dan 54 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:
“Comelnya nak ayam upin ipin. Dahla polite! Ee suka budak2 macam ni”
“Sama la dengan anak saya. Sanggup tak makan ayam…Nak ayam Upin Ipin je”
“Macam anak aku la. Peha dia panggil Upin Ipin. Sayap dia panggil piu piu”
“Hehe comel nak Upin Ipin. Nasibla cikgu tu faham Upin Ipin”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Lagu Viral ‘Helicopter Helicopter’, Ini Penyanyi Asal Dan Mana Datangnya
Lelaki Berbakat Hasilkan Tiga Suara Penyanyi Wanita, “Gila Gempak”
Monyet Jaga Kucing, Siap Bantu Masakkan – “Ala Comelnya Dia”