Rasanya wajah jelita Anis Sofea yang dikatakan seiras pelakon dan usahawan popular, Hanis Zalikha tidak dinafikan lagi dan perkara itu diakui ramai apabila dia juga turut muncul di rancangan MeleTOP baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, siapa menyangka Anis Sofea dipertemukan dengan ‘kembar’ dirinya itu lalu mengundang warganet turut sama teruja apabila kedua-dua mereka itu sememangnya mempunyai iras.
Melalui perkongsian Anis Sofea menerusi akaun Instagram peribadinya, dia berkongsikan perasaannya yang bercampur terkejut dan merasa ingin menangis apabila menerima satu kejutan istimewa daripada suaminya, Haqiem Rusli.
Ini kerana, Haqiem Rusli telah membuat kejutan dengan mempertemukan Anis Sofea dengan pelakon, Hanis Zalikha apabila turut dapat dilihat suaminya, Hairul Azreen.
Ujar Anis Sofea diruangan kapsyen, dirinya itu terlalu gembira sehingga tidak dapat berkata-kata selepas menerima kejutan daripada Haqiem Rusli dengan membuat video call bersama pasangan sama cantik, sama padan itu.
Lalu menjengah ke ruangan komen, peminat turut sama teruja apabila kedua-dua wanita jelita itu yang hangat menjadi perbualan kerana wajah seiras mereka sejak kebelakangan ini dipertemukan.
“Tolong bergambar bersama, mesti macam kembar”
“Halah halah sweet…”
“Sofea ni cool je cantik manis cool suka suka”
“Patutlah style Sofea sume macam Hanis Zalikha…”
Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Lawak PU Riz di MLM viral di TikTok, “Lepas cakap terus tutup muka…”
Disebalik tabir lakonan ‘seat belt’ Aedy Ashraf tersangkut cetus ‘Aleesa’ juga tergelak