Sebelum ini ramai begitu suka dengan perangai lucu Neelofa kerana meskipun bergelar seorang selebriti popular mahupun usahawan berjaya namun sikap humble dirinya mengundang dia mempunyai ramai peminat.
Apatah lagi, sejak akhir-akhir ini videonya yang suka bergurau dengan suami, Haris Ismail atau turut dikenali sebagai PU Riz mengundang ramai terhibur dan tular dikongsikan semula oleh warganet.
Neelofa dan Haris Ismail yang disatukan pada Mac lalu membuatkan mereka menjadi antara pasangan selebriti kegemaran ramai apabila kedua-duanya juga dilihat sporting dalam IG live.
Gelagat mereka pada kali ini juga membuatkan ramai tercuit hati dengan kecomelan pasangan sama cantik, sama padan ini apabila Neelofa sakat Haris Ismail lalu mengundang juga pasangan ini tular di aplikasi, TikTok.
Ribuan tanda suka ditinggalkan, gelagat Neelofa sakat Haris Ismail ini turut mendapat bermacam respon daripada warganet apabila video ini memaparkan gelagat lucu mereka.
@ainunumirah___ Amboii lofa suka lah tu sakat cik somi 😂 #neelofa #puriz #fyp #foryou #neelofapuriz #neelofaharis #lofaharis #viral2021 #tiktok #WinnerWinnerMoment
Komen-komen yang ditinggalkan oleh warganet menerusi ruang komen itu juga menunjukkan rata-rata daripada mereka sangat terhibur dengan perangai lucu Neelofa bila bersama suaminya itu.
“Takpe ustaz harini hari sis Lofa, sedap dia bahan ustaz ye”
“Comel betul Lofa ni tau”
“Haih sweet betul pasangan ni haha”
Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Gelagat ‘comel’ isteri dan anak Fizo Omar curi tumpuan ramai, “Muka pun dah nak seiras…”
Peminat tak sangka dari Tentang Bulan kini jumpa Aedy Ashraf ‘kacak’ dalam drama
“Dia tahu dia hensem…”- Gelagat Arjun Rampal raih tumpuan netizen