Rasanya drama berjudul Kisah Cinta Kita antara yang menarik tumpuan ramai kini di kaca televisyen dengan lakonan daripada gandingan serasi iaitu Aedy Ashraf dan Amelia Henderson.
Malah dimedia sosial juga tidak terlepas kedua-dua pelakon terbabit menjadi perbualan ramai gara-gara lakonan menjadi mereka dalam Kisah Cinta Kita yang mula bersiaran sejak 26 November lalu bagi menggantikan drama Mr. Bibik.
Drama ini tidak hanya mendapat sambutan hebat daripada penonton sehingga seringkali viral malah setiap episod juga ada-ada sahaja babak yang menarik tumpuan ramai.
Malah terbaru, satu babak yang dilakonkan oleh Aedy Ashraf yang memegang watak Amer manakala Khaty Azian sebagai Datin Laila nampaknya mengundang tawa warganet dengan dialog mereka.
Sehingga juga bagi rata-rata warganet yang menonton babak tersebut merasakan ianya merupakan dialog sendiri apabila Amer bertanyakan jika Datin Laila ingin disuapkan makanan.
@ellianeahmadburhanuddin Part 6 episode 17 #kisahcintakita #fyp #fypage #dramatv3kul7
Dalam pada masa yang sama, rakaman yang dikongsikan itu turut meraih tumpuan warganet disamping menjadi perbualan warga TikTok yang mana ada juga melalui ruangan komen merasa terhibur dengan lakonan mereka dalam babak tersebut.
“Sabo je la Amerr…”
“Bising pulak aku dengar bunyi sudu tu…”
“Hahaha memang skrip rekaan sendiri ke, hahaha”
Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Gara2 Aedy Ashraf, Amelia & Jalaluddin Hassan tergelak- “Ulang 10 kali do”
Uqasha buat ‘review’ Kamal Adli pula usik nyanyi, suara dikatakan macam Anuar Zain
Paling ‘nervous’ kalah mummy, gelagat comel anak Aliff Aziz- “Berulang2 saya tengok…”