Setiap drama pasti ada menghasilkan video untuk memperkenalkan pelakon-pelakon yang membintangi sebelum drama ditayangkan. Rasanya pula, pasti peminat drama Kisah Cinta Kita cukup kenal video ini.
Walau bagaimanapun, nampaknya orang ramai tidak dapat menahan ketawa mereka selepas melihatkan video disebalik tabir momen itu.
Sehinggakan Aedy Ashraf dan Amelia Henderson menjadi perhatian buat peminat mereka. Mana tidaknya, disangka-sangka dalam rakaman serius Aedy Ashraf dalam drama tersebut, ternyata terdapat kelucuan disaat mereka shooting malah Amelia Henderson juga dilihat terhibur dengan pelakon filem Tentang Bulan itu.
Seperti yang dikongsikan ini juga tidak terkecuali daripada mencuri tumpuan peminat drama Kisah Cinta Kita. Umum diketahui, ia mengisahkan kehidupan Amer dan Aleesa.
Manakala selain Amelia Henderson dan Aedy Ashraf, drama Kisah Cinta Kita turut memaparkan lakonan daripada pelakon lelaki bernama, Hazman Al-Idrus sebagai Putra.
@simp4aemelia tetibe kat belakang 😂 #kisahcintakita #ameliahenderson #aedyashraf #fyp #fypシ
Dalam pada memaparkan mereka bertiga sedang shooting video opening drama Kisah Cinta Kita, gelagat lucu Aedy Ashraf juga sempat membuatkan Amelia Henderson terhibur lalu menerima pelbagai seloroh peminat pula terhadap mereka.
“Hai la Putra pun hensem, Amer pun hensem”
“Hala comel, jeles la tuu”
“Sweet dho diorang ni”
“Amer suka buat Amelia gelak tak senang duduk”
Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Terpandang terus berbalas senyuman, gelagat Aedy Ashraf & Amelia buat peminat tak keruan
Dilihat berjalan sendiri, telatah Zizan Razak jadi tumpuan netizen- “Dia tak sombong…”
Redza Rosli & Intan Najuwa bikin ramai gelak besar, “Dua ketui ni punya perangai”