Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
oyen

Gelagat Oyen Sibuk Berjalan Depan Pengantin, “Sentiasa Buat Hal…”

Jannah by Jannah
6 months ago
in Haiwan
Reading Time: 2 mins read

Semua orang pastinya cukup kenal dengan si oyen iaitu gelaran yang diberikan kepada kucing berwarna oren. Baru-baru ini pula, gelagat si oyen ini berjaya mencuit hati netizen apabila dia cuba mencuri spotlight dari pasangan pengantin yang sedang berarak ke pelamin.

Bukan sahaja mencuri tumpuan malah ramai yang turut terhibur melihat gayanya yang selamba berjalan di hadapan pengantin itu. Netizen turut berseloroh mereka sendiri tidak berasa hairan lagi melihat kenakalan si oyen yang sentiasa melakukan perkara di luar jangkaan.

@syizzrullnadziqwedding

welcome back😜 sebulan lebih TT tak blh bukak😂 sebuk la si oyen tuuuu #syizzrullnadziqwedding #butikpengantinbanting #bajusanding #bajusongket #oyen

♬ original sound – 🕸KroNoLoC🕸 – 🕸KroNoLoC🕸

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan pasangan pengantin yang sedang berarak ke pelamin sambil ditonton oleh tetamu yang hadir. Dalam masa yang sama, turut kelihatan seekor kucing berwarna oren yang berjalan di hadapan pengantin.

Lebih melucukan, kucing itu dilihat seolah-olah mengetuai rombongan pengantin itu apabila dia lah yang berada paling hadapan sekali. Malah dia juga kelihatan begitu bersahaja berjalan di atas karpet merah itu walaupun aksinya itu ditonton mereka yang lain.

oyen

Pasangan pengantin itu juga turut tersenyum melihat gelagat lucu dari si oyen yang berjaya mencuri tumpuan ramai. Netizen turut berseloroh mungkin juga kucing itu dilantik sebagai ketua untuk membawa rombongan pengantin menuju ke pelamin.

Di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat aksi selamba dari kucing ini. Malah ada yang menganggap si oyen sebenarnya sedang memeriksa keadaan karpet merah itu sebelum pengantin lalu di atasnya.

“Oyen tu ok ke tu, menonong je.”

kucing

“Oyen sentiasa buat hal.”

pengantin

“Meow nak lalu karpet merah juga hahaha.”

komen

“Kena faham oyen tu nak check carpet.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Lelaki Jerit Panggil Kawan, Rupanya Tersalah Orang Undang Tawa

Reaksi Gadis ‘Order’ Roti Tisu Bikin Dekah, “Bangunan Pencakar Langit…”

Harga Kacang Hijau Raih Perhatian, Reaksi Netizen Pula Bikin Terhibur

Sumbertik tok

Trending

mak wan latah
Hiburan

Bekas Pengurus Peribadi Bongkarkan Perangai Sebenar Mak Wan Latah

22 hours ago
Fattah
Hiburan

‘Posting’ Fattah Amin buat Syamsul Yusof & pelakon2 Mat Kilau tarik perhatian ramai

4 days ago
rykarl bersiap segak main
Hiburan

Pernah Popular Sebagai Pelakon Cilik, Video Terkini Rykarl Bersiap Segak Raih Tumpuan!

1 day ago
promosi produk
Hiburan

Babak Promo Produk Dalam Drama Ini Dipuji, “Pengarah Dia Buat Homework Dulu..”

21 hours ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia