Kalau sebut tentang makanan mee segera atau maggie tentu sesiapa sahaja suka menikmatinya terutamanya generasi muda. Baru-baru ini pula, lelaki ini berkongsikan satu situasi di mana ramai yang dapat relate dengannya apabila mak-mak melarang anak mereka dari makan maggie.
Perkongsiannya ini juga tular dikongsikan dan hampir meraih sejuta tontonan setakat ini di mana netizen turut berdekah melihatnya. Malah rata-rata netizen turut sama memahami situasi yang dikongsikan ini yang selalu berlaku sewaktu kecil dahulu.
@esqand
Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu berkongsikan situasi di mana ramai yang pernah melaluinya semasa kecil dahulu atau mungkin juga sehingga sekarang ini. Biasanya golongan mak tidak akan membenarkan anak mereka makan maggie memandangkan ianya tidak elok untuk dimakan selalu.
Lelaki itu kemudian dilihat memasuki biliknya sambil menangis apabila hasratnya untuk makan maggie tidak kesampaian. Malah dia turut menangis dengan begitu bersungguh-sungguh sama seperti gelagat kanak-kanak ketika menangis.
Lebih melucukan, dia juga siap melompat beberapa kali menggambarkan perasaan kecewanya itu sekaligus membuatkan netizen berdekah melihatnya. Melihatkan gayanya ini, netizen turut dapat memahami situasi tersebut yang selalu berlaku di rumah.
Di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat situasi yang dikongsikan lelaki ini. Malah ada yang berseloroh pernah melakukan perkara yang sama gara-gara tidak dibenarkan makan maggie sepertinya ini.
“Lagi sakit dari putus cinta tau.”
“Makan je lah rambut tu bang.”
“Dulu kecik selalu tanya parents boleh makan maggie ke tak hahaha.”
“Terus lompat bintang…”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Oyen Menangis Tikus Yang Ditangkap Terlepas, “Penat Oyen Tangkap…”
Lelaki Usik Nenek Melatah Sampai Menari, “Comel Pulak Duet Menari…”