Selepas melihatkan beberapa pelakon drama popular, 7 Hari Mencintaiku yang dikhabarkan sedang shooting bagi musim ketiga membuatkan pelakon, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly dan Faye Kusairi menjadi perhatian baru-baru ini.
Mana tidaknya, setiap watak yang ditunjukkan dalam drama 7 Hari Mencintaiku sebelum ini cukup meninggalkan kesan tidak hanya watak utama yang dilakonkan oleh Siti Saleha sebagai Mia Adriana manakala Shukri Yahaya sebagai Khuzairi.
Malah watak adiknya iaitu dilakonkan oleh Jaja Iliyes sebagai Nadia dan Bil Azali memegang watak Zaidi antara yang juga dinanti-nantikan oleh penonton.
Pun begitu, menjengah pula ke aplikasi, TikTok nampaknya Nadia dan Zaidi dengan pantas masuk ruangan fyp atau for your page di aplikasi tersebut dengan hampir 70,000 tanda suka diberikan.
Lalu melihatkan pula ke ruangan komen, hampir seribu respon diterima oleh pelakon Jaja Iliyes dan Bil Azali apabila videonya itu memaparkan penampilan mereka berserta kapsyen, “We are back”.
@jajailiyes We are back.
Lanjutan daripada komen-komen netizen di hantaran video tersebut pula, ternyata rata-ratanya juga tertarik dengan penampilan Zaidi dan sempat berseloroh mengelarkan dia sebagai Hanafi.
“Zaidi kalau jadi Hanafi siap kauu”
“Zaidi tolong jangan jadi Hanafi hahaha”
“Zaidi be like…”
“Aku ingat Hanafi tadi hahaha”
Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
‘Posting’ pelakon2 drama 7 Hari Mencintaiku kembali jadi bualan, “Giler tak rindu…”
Gelagat Syazwan Zulkifly raih perhatian ramai, “Tak fahamlah cuba kahwin”
Ramai baru tahu mak Aedy Ashraf juga pelakon, “Mak dia pun best berlakon”