Tiada apa yang lebih membanggakan apabila budaya, pakaian dan sebagainya berkaitan tradisi rakyat Malaysia diperkenalkan ke negara luar. Tidak kisahnya apa juga bangsa dan budaya dari semenanjung mahu pun Sabah dan Sarawak, semuanya memiliki keunikan tersendiri.
Malah satu rakaman yang memaparkan dua lelaki buat persembahan di Korea dengan mengenakan baju melayu ini telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian semula di TikTok tersebut kelihatan sekumpulan orang sedang membuat persembahan sambil disaksikan oleh penonton.
Dua pemuda ini mengenakan baju melayu dan turut kelihatan seorang wanita memakai pakaian budaya Kadazandusun serta lelaki dengan baju tradisi India. Apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah lelaki ini menyanyikan lagu berbahasa Korea dengan suaranya yang sangat merdu.
Berikut adalah perkongsian rakaman buat persembahan di Korea dengan baju melayu ini:
@mysonghzr wear baju melayu at Korea, let our culture wellknown. #malaysong #mysonghzr
Perkongsian semula rakaman tersebut telah meraih lebih 200 ribu tontonan dan 26 ribu likes. Berikut adalah perkongsian versi penuh yang dimuat naik menerusi pemilik asal video ini:
Rata-rata warganet memuji suara nyanyian pemuda ini selain turut berbangga dengan pakaian baju melayu yang dipakainya ketika melakukan persembahan di Korea ini.
“Tetiba rasa nak nangis sebab terharu”
“Amboi segaknya..Pewitt”
“Mantap suara dia setanding artis asal bah. Nice voice i like it”
“Power gila. Hahahha my favorite song! So proud!”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Babak Lakonan Bell Ngasri Dan Jasmin Hamid, “Kena La Watak Ibu Dan Anak”
Mustapha Kamal Layan Netizen, “Papa Betul2 Menghiburkan Hati”
Video Baca Berita Lelaki Ini Curi Perhatian, “Ni Bukan Sedikit. Ni Kedekut”